Bukan Blog Kamu: 8 Petua Melebatkan Rambut Bayi Yang Mudah

Saturday, July 20

8 Petua Melebatkan Rambut Bayi Yang Mudah

a) Kisar sebiji nanas hingga menjadi jus. Biarkan semalaman,
dan lumur di rambut selama 15-30 minit. Amalkan 3 kali seminggu.

b) Bersihkan beberapa helai daun rambutan muda, ramas ke dalam
semangkuk air. Biarkan sehingga lendirnya keluar. Kemudian sapukan
 pada rambut dan biarkan lebih kurang 20 minit. Bersihkan
 rambut dengan air sejuk.Amalkan dua hari sekali.

c) Gunakan minyak kelapa hijau buatan tangan dan sapukan
 pada rambut.Biarkan semalaman dan basuh bersih-bersih.
Ulangi selalu dan lihat hasilnya.

d) Ramas daun bunga raya dalam air bersama beberapa helai
 daun pandan.Sapukan di kepala seperti menggunakan syampu.
Bilas dengan air bersih.Lakukan seminggu sekali.

e) Lumurkan minyak yang dimasak sendiri pada rambut / kulit kepala
ataupun jika tiada,bolehlah gantikan dengan santan segar. Satu lagi cara
 ialah goreng tanpa minyak beberapa biji buah keras. Setelah cukup garing,
sejukkan dan kisar halus. Gaul dengan minyak zaitun dan simpan sebagai
tonik rambut. Sapukan pada seluruh kepala, biarkan semalaman dan bilas.

f) Tumbukkan beberapa helai daun pandan sehingga hancur.Kemudian,
masukkan sedikit air dan perah.Sediakan semangkuk santan dan campurkan
dengan pandan tadi.Kacau rata dan simpan semalaman.Keesokan harinya,
sapukan bahan tadi pada rambut dan biar selama setengah jam. Bilas rambut
dan lihat hasilnya dalam beberapa minggu.

g) Tumbuk segenggam daun asin-asin sehingga lumat. Perahkan airnya
 dan campurkan dengan semangkuk santan kelapa.Lumurkan pada rambut.
Biarkan beberapa minit.Kemudian bilas dengan air suam.

h) Rendam tiga sudu serbuk teh semalaman bersama secawan air mendidih.
Setelah sejuk embunkan selama satu malam.Setelah itu,sapukan pada
kulit kepala dan biarkan selama satu jam.Kemudian baru dicuci.
Lakukan sebanyak tiga kali seminggu.Lihat hasilnya.


sumber

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

3 2 ORANG KATA:

Cik Nur™ said...

nice sharing.. :)

rambut org dewasa pun boleh kot...hehe

Kesuma Angsana said...

gd tips ni tq share yer !

Hermiza Mohamad said...

Thanks for sharing..

Skrg mmg ambik supplement untuk rambut & now sy pun nak try jugak cara tradisional luran mcm nie.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...