Friday, September 21

Petua Mudah Bersalin





Saya dah masuk 35weeks.. ikut due 24 Oct ni la...
Ramaila kawan2 dan keluarga bagi petua mudah bersalin..
saya tanya juga pada yang dah ada pengalaman..
tak kurang jugak tanya pada pakcik Google..

Setelah dikumpul-kumpul beberapa petua itu..
maka saya nak share kat sini untuk kegunaan sendiri
dan juga pada yang bakal jadi ibu atau ibu yang nak 
beranak pinak lagi nanti hehehe...

1) Minum Minyak Tanak
- Minyak tanak ni ialah santan yang dimasak sehingga menjadi minyak.
Bermula 6 bulan kandungan, minum sesudu teh sekurang-kurangnya
 3 kali seminggu.. Bila dah masuk 9 bulan minumlah setiap hari..

2) Telan Telur Ayam
- Telan sebiji telur ayam kampung mentah setiap pagi seminggu 
sebelum nak melahirkan anak..

3) Minum Air Zamzam
- Sekarang dah mudah nak beli kat pasaraya banyak jual..
bagus amalkan minum air ini untuk penawar segala penyakit..

4) Minum Milo / Susu Campur Majerin
- Bancuh milo/susu dengan 2,3 sudu majerin untuk laluan senang terbuka
Sebelum minum tu baca Selawat, Al-Fatihah dan doa Nabi Yunus

5) Minum Air Kelapa
- Amalkan minum air kelapa dah dekat2 nak bersalin tu..
Selain mencantikkan kulit bayi, ia juga boleh membantu mencuci 
 kepala bayi itu sewaktu keluar dari lubang faraj..

6) Minum Air Selusuh
- Nak beli pun boleh.. suami kene buat untuk isteri adalah terbaik..
Jum ke artikel > CARA-CARA BUAT AIR SELUSUH

7) Makan Kurma
- Bagus makan kurma selain dari segi khasiatnya, ia juga membantu
memberi tenaga untuk meneran.. Amalkan makan dalam bilangan ganjil..

8) Makan Sayur Bendi
- Sayur bendi mengandungi lendir, lendir ini dapat membantu 
memudahkan bersalin.. Amalkan setiap hari..

9) Minum Air Akar Fatimah
- Rendam akar fatimah ini dalam air suam, dan minum airnya
disusuli dengan Selawat Nabi dan doa semoga dipermudahkan..

Semua di atas adalah dari segi pemakanan, mungkin ada lagi..
tapi setakat ini sahaja yang saya dapat.. Pilihlah mana2 yang anda
suka, nak makan semua pun bagus juga kot hehee... ada lagi petua
yang bagus2 saya selitkan sekali kat sini...

1) Amalkan Surah atau Ayat dari Al-Quran
- Baca surah Maryam
- Baca surah Al-Imran ayat 38
- Baca surah Al-Insyiqaq ayat 1- 4
- Baca surah Abasa ayat 20
- Baca surah An-Nahl ayat 78

2) Doa Nabi Yunus
- Baca doa ini masa dah contraction berulang kali sampaila bersalin

3) Solat Hajat
-  Buat sembahyang hajat bersama suami moga dipermudahkan
dan minta suami baca surah Al-Imran ayat 38 tu dan usap perut
ibu setiap hari... Insyallah mudah melahirkan dan anak akan sihat,
baik dan mendengar kata orang tuanya...

4) Banyakkan Berjalan
- Berdatinglah dengan suami anda ke taman ke, pergi shopping ke,
turun naik tangga pun bagus.. Jangan malas nak berjalan...

5) Senaman Ringan
- Duduk mencangkung dan tangan tahan pada dinding, kemudian
berdiri perlahan-lahan sekerap mana anda mampu..
- Duduk bersila dan temukan kedua tapak kaki anda, pegang jari kaki
kemudian tolakkan kedua tapak kaki itu ke arah vagina..

6) Minta Ampun
- Mohonlah kemaafan dan doa restu dari suami dan ibu kita
sebelum bersalin tu.. semoga dosa kita pada mereka terampun..

7) Kerap Bersama Suami
- Make love dengan suami sendiri ya bila dah masuk 36 weeks++
sekerap mungkin.. kira dalam seminggu tu buat le 2,3 kali ke hehe..
jangan ganas-ganas sangat... slow and steady aje bagus lahh..
Orang kata ini la selusuh semulajadi bagi memudahkan laluan...

Ada sesape nak tambah?? boleh la cuba nanti ye ibu-ibu semua :)))

Nak tahu lagi tentang kehamilan? klik Info Kehamilan

31 comments:

Pokok Manggis Depan Rumah said...

terima kasih info ni..
berguna tips2 ni..
semoga di mudahkan urusan akak..

Izwa Kamaruddin said...

bagus entry nie :)

are_lin@yu said...

dlm tmpoh sbln lg akak..ayu lk eksaited..hehe..semoga dipermudahkan semuanya ya akak ;-)

Kakzakie Purvit said...

Moga dimanfaatkan. Bagus N3 ini.

Unknown said...

Emm...bagus entry nie.. cuma satu jer nak pesan.. jgnlah jerit2 masa nak bersalin nanti.. bertenang dan banyak ingat Allah..sambil tarik nafas.. dalam hati hanya berserah padaNya.. dsamping petua2 kat atas tu.. :D.. (Ada pernah dengar orang sampai maki hamun husband.. kononnya sebab husband dialah ..dia kena tanggung sakit camtu... adeker patut...ish ish ish).. ingat yer BERT... :D

Unknown said...

melugai tekak nak minum minyak tanak atau telan telur ayam..hehehe.. minum susu pun tak lalu apa lagi nak campur marjerin pulak..haihhh..

harap2 doa sang suami jawabnya ni.. hahaha..

air selusuh tu paling elok mintak suami yang buatkan..doanya boleh cari kat internet je rasanya..

Qhaifa Nur said...

tak lama lagi tuh...
akak pernah minum minyak kelapa dan air selusuh saja....
apa2 pun perkara yg baik dan petua dulu2 elok kita amalkan, mana tahu mujarab, insya allah......

Rosmawani♥ said...

Wah xlma dah tu.. Semoga ipermudahkn... Good tips :)

Cikrosecute said...

nice petua bersalin nie...Anak yg ke empat boleh cuba petua nie hihihi

Momo said...

mamaboom...:) mesti comel macam mak die ;p #bukan bodek. hahah

Mrs Velentine said...

follow sini sambil click nuffnang...nice entry

Sheila Adziz said...

em... bgs ni ni, akak dh msk 36 weeks... kena pilih n amalkan petua ni y mana nak... hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

Banyak yg wani amalkan dulu sama mcm petua tu...:)

eMMe said...

gud petua ni Bert...
InsyaAllah...
dengan ada nye petua2 ni..
Bert n rakan2 yg mengandung mudah bersalin bila tiba masanya...

Amin............
moga kite semua berjaya bersalin normal...

Unknown said...

Salam perkenalan. Good info. huhuhu need to practice :)

Jemput jenguk blog Leen :)

Miss N™ said...

moga dipermudahkan segala urusan....

Scha Iriney said...

thanks for the info <3

afny^izan said...

Salam... info yang bgus kepada bakal2 ibu..mohon share kt blog saya boleh?

Unknown said...

Tq..ilmu yg bguna utk diamalkan...smoga ank kdua bln feb ni dipermudahkan spti ank first dlu...amin...

Unknown said...

Tq..ilmu yg bguna utk diamalkan...smoga ank kdua bln feb ni dipermudahkan spti ank first dlu...amin...

BERT said...

@afny^izan

boleh aje.. silakan hehe

aleynn said...

milo & marjerin tu bila nk minumnya?

Unknown said...

Jom cub:)

Unknown said...

Jom cub:)

- AZIE - said...

bila baca nie berdebar pulak huhuhuhu...telan telur ayam mentah tue, ya ampun..memg xboleh rasanya,ag satu minum milo dgn majerin, mau berpinau biji mata nti huhuhu.. bert bersalin masa kandungan bape week?


p/s: nak share tips nie dgn hubby, tp xleh nak copy pulak..

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Salam perkenalan. Bagus info/petua yg dikongsi di atas. Memang sangat berguna buat ibu2 hamil.
Saya mempunyai 6 org cahaya mata dan telah melalui 6 kali proses bersalin. Memang banyak petua2 yg diamalkan utk menyenangkan proses bersalin. Jemput ke blog akak kl nak berkongsi petua/tips nak mudah bersalin

Unknown said...

good info dear. memang betul kebanyakkan petua tu. mohon share serbe sedikit boleh ye sis.

Junaidah Marni said...

Assalamualaikum.. Terima kasih sudi sharing
Petua mudah bersalin. Boleh cuba untuk next baby nih :)

Unknown said...

Terima kasih atas info. Sangat berguna.

Salam kenal.

Puan Husna
www.husnanetwork.com

Mohd Khairul Mohd said...

Alhamdulillah..info yang bermanfaat.Boleh diamalkan nie..terima kasih

cerita ceriti kak sarah said...

banyaknya tips best..sebelum ni mak jemah taktau pun ada tips yang minum milo ni..kebetulan memang penggemar milo juga..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...