Bukan Blog Kamu: DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN

Wednesday, August 17

DORONGAN SUAMI SEMASA ISTERI BERSALIN



Ader sesape yang tertinggal dengan dua entry ini??


Takpe saje nak kasik anda ketinggalan pun hihihi...
sebab saya memang kedekot giler tanak kasik tau..
diam2 je letak sini untuk senang baca di kemudian hari...
nak tau jugak kene la baca sampai habis...kan? cam tak bese plak..

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya
walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam
proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri.

Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah
dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa
dan beristighfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri
akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita.
Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya,
Tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40%
lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan
pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga
mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan
tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan
membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan
berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. 

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap
isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah
pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan
kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu. 

Amalan di atas bukan hanya sesuai waktu isteri mengandung je bahkan
ianya sesuai setiap masa. Sama-samalah kita amalkan ye.

ok selamat mengandung.. selamat beranak dari mengandung..
selamat jadi appa dan amma untuk pertama kali.. kedua kali..
ketiga kali.. keempat kali.. selamat dapat anak kembar..
moga jadi appa dan amma yang cemerlang dunia akhirat...aminn



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

9 2 ORANG KATA:

SoLy SoLicious said...

copy bagi lelaki/bakal suami bace...hehehee

Elih Japahar said...

wah! sy lum jadi bapa tapi mcm terasa sgt dgn entry ni...thanks utk sharing,akan dijadikan amalan nanti :)

♥cikmOt♥ said...

sangat berharap masa nak salin nanti, somi ada disisi menemani...

memerlukan sapot dari si suami...

dwaty said...

sebab tu la... suami memainkan peranan penting bila isteri mengandung dan nak beranak...

BERT said...

@SoLy SoLicious

sile2

BERT said...

@Elih Japahar

haruslaaaa

BERT said...

@♥cikmOt♥

ye betol2..

BERT said...

@dwaty

jgn ambik mudah ye wahai suami hehe

NOORULMALIS SAMAT said...

harus bg suami ku bc... ngah preggy 7bln nih..ank ke3... (^__^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...