Bukan Blog Kamu: Jenis-jenis ketawa di internet

Thursday, August 11

Jenis-jenis ketawa di internet

kajian gelak oleh seseorang yang tak berapa gemar
nak gelak merapu meraban.. atau beliau dengki beliau
tidak boleh gelak sebab tade kawan mahupun teman..
saper?? hehee tahlehh bagitau sebab beliau suruh
merahsiakan identiti beliau hehehhehe..

tapi jangan risau.. ni bukan betul2 pun.. memain je...
saya peduli ape nak gelak camne pon. janji hidop saya bess!! hoho..
jangan marah jangan ambik ati jangan terasa ye...


Gelak Boring : "hehehhehe" atau "hahahaha"


Ini jenis gelak biasa je. Tadepape yang spesyial.

Kemungkinan besar ini orang tak kreatif punya orang sebab

menggunakan jenis gelak yang normal.

Saya biasa guna gelak camni je.. malas nak pikey gelak lain hehe



Gelak Jahat : "buahahahahah" atau "muahahahha"


Ini gelak selalu digunakan oleh diorang yang dalam evil mode.

Untuk lelaki yang gelak sedemikian itu, diorang macam orang jahat.

Kalo pompan plak, melambangkan diorang adalah pompuan yg tiada

sifat2 lemah lembut masyarakat Asia sebab gelak macam ini

tak berapa nak sopan kot.. kate orang la bukan saya kata buahhaammphh



Gelak Mengekek : "kekekekeke"


saya rasa awek2 yg gelak mengekek camni tak cun.

saya punya teori simple je: cerfikir cerfikir Erra Fazira, Angelina Jolie,

atau Jessica Alba gelak mengekek? Macam tak masuk akal kan?

Maka nak jadi cun macam diorang.. jangan gelak mengekek ye..

Ekekekekekeke…



Gelak Mewah : "hohoho" atau "huwargh huwargh huwargh"

Lelaki yang suke gelak camni selalunya mereka2 yang boroi dan

baru lepas kekenyangan makanan sehingga kebuncitan terlampau..

Kemungkinan jua mereka ini banyak duit sebab ni macam punya gelak ada

pada orang2 kaya je. Samada mewah kat perut atau mewah dalam wallet.

Untuk pempuan pula, adalah tidak elok gelak camni sebab "hohoho"

di-pronounce as "whore-whore-whore". Whore belmaksud sundal.

Jadi gelak la hohoho bukan whore-whore-whore.. meskipun

Bunyinya sama tapi tak serupa kan… hohohoh…



Gelak Mengukui : "kui kui kui"


Selalunya mamat atau minah yang akan buat lawak tak kelaka pastuh

gelak sendiri style camni laa.. gelak nak cover malu sebab sedar

lawak meleka talak kelaka pun. Kuikuikuikui….


Gelak Ayu : "hihihihi"


Pompuan yg gelak begini adalah mereka yang bajet ayu

dan penuh sopan santun. Konon-konon macam gelak malu2 laa ghitu.

Tetapi jikalau ada lelaki yg gelak gini pula, sebab diorang tu

Mungkin lelaki lembut..opsss bukan pondan tapi ade sket lembut…




Kesimpulannya, sewaktu chatting, gunakanlah jenis2 gelak yang

bersesuaian sama jiwa anda. Contohnya, jika anda awek cun,

cubalah hindarkan dari gelak mengekek tak tentu pasal untuk

mengelakkan salahsangka orang ingat anda tak cun.

cukuplah sekadar menggunakan icon2 senyuman

seperti :) atau :D lebih sopan… tapi ramai lagi suke gunakan dalam

bentuk2 kat atas tu kan… lebih nampak kemeriahannya kan??


Hehehe jangan marah jangan geram..

Saje gurau2an senda di pagi hari…

Gelaklah sepuasnya tak kira macam ape sekalipun..

Ini hanya usikkan untuk anda yang kuat ketawa

Macam saya jugak kehkehkeh…




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

4 2 ORANG KATA:

azam said...

gelak santa.....HOHOHOHO

eMMe said...

suke semua gelak di atas, hihihii..saya kan ayu...heeheheh...tetibe boring, heeee

BERT said...

gelak penawar kedukaan

mizzkechique said...

muehehe... =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...