
Seorang suami baru kematian isteri yang amat dikasihinya. 
Ketika suasana kesedihan di tanah perkuburan, sesudah imam 
membaca talkin, si suami terus menyiram air mawar, bukan satu 
cerek atau satu jar seperti kebiasaan orang, malah terus satu baldi. 
kasihnya suami ini kepada isterinya. Ramai yang bercucuran airmata
 melihat senario ini romantik ini. Tak kurang juga ramai daripada 
kalangan para hadirin yang berbisik di hati masing-masing 
betapa bernasib baik arwah mendapat suami yang bergitu setia
 dengan kasih sayang yang sedemikian solid. 
Namum bagi kenalan rapat, tindak tanduk si suami ini mula 
minimbulkan tanda tanya apabila setiap pagi, tengahari dan malam 
si suami itu masih menyiram air di pusara arwah isterinya, 
bukannya secerek malah masih sebaldi seta ditaburkan baja.
 Kadang-kadang mereka mendapati beliau membawa kanta sambil 
meninjau dengan penuh teliti seolah-olah membuat kajian 
di atas tanah tersebut. Malah beberapa hari kemudian mereka
 telah melihat beliau memasangsprinklerdi atas tanah perkuburan tersebut. 
Apabila sudah masuk dua minggu amalan aneh ini berterusan, maka ada
 yang membuka mulut bertanya dan sekali gus ingin menasihati
 kerana bimbang takut-takut si suami ini semakin hilang akal lantaran 
kerinduan yang teramat sangat. Apabila ditanya, si suami menjawab...
"Arwah isteri ku telah berpesan, jika beliau meninggal, 
janganlah kahwin lain sehingga rumput atas kuburnya tumbuh.
 Itulah sebabnya aku terpaksa siram sedemikian rupa 
untuk memastikan rumput agar cepat tumbuh!" 


3 comments:
gituuuu la kan haha
huh..! sabo jelah..!
ada pengajaran dari kisah ini...
renung renung kan...sama sama kite ambil iktibar...
Post a Comment