Bukan Blog Kamu: Petua-Petua Tradisional Bakal Pengantin Baru

Wednesday, May 23

Petua-Petua Tradisional Bakal Pengantin Baru


Cuti sekolah sudah hampir tiba.. kenduri kawin tak kurang hebatnya..
tiap2 hujung minggu penuh dengan undangan sampai bertindih-tindih..
meh saya kongsi sikit petua untuk bakal pengantin yang bersumberkan
dari email saya.. moga anda boleh gunakan sebelum hari bahagia anda nanti..

Terdapat beberapa petua yang menggunakan bahan-bahan yang mudah
didapati yang bermanfaat untuk diamalkan oleh para bakal pengantin
perempuan dalam melengkapi proses rawatan tradisional sebelum
melangkah ke jinjang pelamin. Antara petua tersebut ialah:

BUNGA MAWAR

Untuk menaikkan seri muka, bakal pengantin boleh mengamalkan petua
memakan kelopak bunga mawar selama 44 hari sebelum tarikh perkahwinan.
Dahulukan dengan bacaan Selawat ke atas Nabi, Surah Al-Fatihah dan
ayat Nabi Yusof sebelum memakannya.... cubalah!!!


TIMUN

Lekapkan mata dengan hirisan timun selama setengah (1/2) jam.
Petua ini juga dapat menghilangkan lebam pada bawah mata serta
menghilangkan rasa lesu dan letih. Ia juga berguna untuk menegangkan
otot bawah mata.


LOBAK

Lobak yang kaya dengan serabut dan vitamin E berfaedah bagi menghilangkan
parut dan menaikkan seri muka. Ia turut sesuai untuk meningkatkan
kelembapan pada kulit kering. Parutkan lobak dan ratakan pada
wajah seperti mask. Biarkan untuk setengah jam.

TOMATO

Bagi masalah kulit kurang bermaya, gunakan tomato yang telah diasingkan
bahagian dalamnya. Sapukan lendir dan biji di dalamnya pada seluruh wajah,
lalu dibiarkan sehingga kering sebelum dibilas...lihatlah nanti hasilnya!!

AVOCADO
Bagi masalah kulit berminyak dan kandungan zat lemak berlebihan pada pipi
serta wajah, anda boleh mencuba buah Avocado yang ditempek isinya pada
seluruh wajah. Rawatan ini mampu menghalang tumbuhnya jerawat baru.

LIMAU PURUT

Bagi menghitamkan rambut dan menghilangkan kelemumur, sapukan
hirisan limau purut pada rambut di kepala. Limau purut juga juga dapat
mencantikkan kuku dengan menyapukan jusnya pada kuku secara kerap..

SELAMAT MENCUBA.. DAN SELAMAT PENGANTIN BARU YAA!!





Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

6 2 ORANG KATA:

Saya Disini said...

bgusnye info..tq

Afasz said...

tq for the info....

bunga mawar kalau nk beli ari2....koyak gak poket :D

Masz Sidek said...

info yg bagus...

mizzkechique said...

wahh, terima ksih bg petua ni.. sy nk amalkn even blm nk jd pengantin bru.. =)

Cik Nur said...

bagus info ni...tapi belum tiba masanya lagi..hihi

LiNda said...

bestnye banyak petua...linda selalu wat petua timun ngan tomato tu. Memang best..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...