Friday, May 25

Cubaan berpisah seminggu.. anda kuat?

aksi mengade sikit boleh kah?

Malam ini saya akan digerakkan oleh pertubuhan lakimini
ke negeri sembilan untuk program balik kampung usahasama
antara mereka berdua.. tetapi esok cik asven akan pulang ke tanah air
beliau iaitu perak secara bersendirian dan kesepian setelah menghantar
bininya ke rumah amma kandungnya di negeri sembilan..

Ini adalah kerana cik asven beliau ada mengikuti program motivasi
dan kejurulatihan sebagai motivator dan jurulatih pagi pasukan yang
mewakili negeri perak ke pulau pinang 3 hingga 7 june nanti untuk
sukan peringkat kebangsaan yang dikenali sebagai Sukan Kesuma..
ketika di pulau pinang nanti.. sudah pasti bininya terkinja-kinja mahu
jugak mengikuti di sana untuk makan angin barangkali..

selama seminggu bininya itu akan ditinggalkan di negeri sembilan
kerana program latihan dan motivasi akan dijalankan di ipoh mulai
27 mei ini sehingga 2 june nanti sebelum pasukan perak akan bertolak
ke penang pada 3 june nanti...bayangkan cukup banyak kenduri
yang kami terima pada 2 dan 3 june itu maka tidaklah dapat menghadirkan
diri di semua jemputan kenduri kendara yang telah ditawarkan
termasuk lah kawan taulan dan sedara mara kami.. harap mahap dipinta..

hanya hadiah sebagai pengganti diri kami yang terpaksa bertugas
pada cuti sekolah nanti.. bininya bertugas sebagai peneman aje kehkehkeh..
sekian laporan dari bininya yang relahati dihantar ke N9 memandangkan
amma beliau tinggal keseorangan selama seminggu juga akibat daripada
kakak ipar cik asven (kakak saya la yang duduk dengan mak saya)
akan terbang ke ostolia selama semingu juga untuk program cuti2 ostolia..
jangan lupa bawak kanggaru balik ye.. patung pon jadila.. buat jadi
bahan mainan anak nanti yang keluar dari perot ini.. tissstissstisss...

oh mampukan saya berpisah selama seminggu.. 2,3 hari kene tinggal
pon ada macam sedih je.. nikan seminggu.. boleh kot.. kuat yeah kuat!!

5 comments:

LiNda said...

awl bulan june ni memg ramai org kawin kan, linda pun dpt byak jemputan. Hihi..pasrah je kene tinggal seminggu

Reena Sidek said...

ololo... kesiannye... huhuhu

Anonymous said...

wah..hebat cikgu mirul skang nih. anyway, cian puan bert kene tinggal. jaga kndungan elok2.. smoga baby n mamanya sihat..

Miss N™ said...

sedih je bunyiknyer..! xpe..telepon ade sbgai phubung..jgn risau.. :)

Prince of Noob said...

takpe kejap je tu, ada org lain ada yang kena berpisah bulan2 kerana suami offshore, atau tentera... done follow - Noob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...