1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif
ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan
menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada
kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah
berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan
kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg
sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur
kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk
yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke
muka dan umbun-umbun anak.
Cubalah petua itu dan Insyaallah kesannya akan
anda dapat lihat sendiri.Selamat mencuba......
Bestkan jadi seorang ibu....? tak sabar nak jadi ibu..
2 comments:
petua dan amalan yang bagus. Ape yg linda ingat memang dari kecik abah akan sapu air lebihan wuduk tu pada kami adik beradik dulu..
bagus petua ni, cuma selalunya org jarang amal...
Post a Comment