Monday, March 24

CARA MENGURUSKAN URI BAYI




Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman
 rapat/kembar bayi didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. 
Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. 
Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. 
Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. 
Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada
 hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Uri perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak
 dimakan oleh haiwan. Uri orang Islam adalah suci dan dengan itu 
tidak boleh dibakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang 
melahirkan anak di hospital hendaklah membawa balik uri 
untuk ditanam di tempat masing-masing.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang 
diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri 
daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh 
menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Antaranya, menanam uri bersama pensil dan buku dengan harapan
 bayi tersebut akan cepat pandai kelak. Kemudian menanam uri bersama 
paku dan benda-benda tajam, kononnya untuk mengelak bayi
 menangis atau didekati benda halus selain menyalakan unggun api 
berhampiran tempat uri ditanam kerana bimbangkan 
‘kembar bayi’ itu kesejukan pada waktu malam.

CARA MENGURUSKAN URI BAYI

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. 
Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik
 (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan 
garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan 
cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik 
bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik mudah reput seperti plastic tesco, 
letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

8) Letak dalam kain putih dan ikat 
kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan 
dan dikorek anjing nanti atau binatang-binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa
 letakkan uri dalam dalam dan timbuslah ia.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. 
Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan 
tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya 
yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.


SELAMAT BERAMAL :)


1 comment:

PERMATABIRU said...

dah lama tak singgah sini..wahh dh masuk paper la..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...