Ramai orang nak berniaga online..
ada yang nak buat pendapatan sampingan..
ada jugak yang sungguh2 nak buat sebagai kerjaya..
Oleh sebab saya pun sama maka saya nak share pasal ni..
TETAPKAN MATLAMAT ANDA
Walaupun sekadar berniaga kecil-kecilan atau sampingan aje
tapi objektif atau matlamat mesti ada macam bisnes juta2 gitu..
Tanya balik diri anda tu apabila nak mulakan perniagaan internet..
Kenapa nak buat perniagaan internet??
Apa produk atau perkhidmatan yang boleh saya jual??
Adakah produk dan perkhidmatan boleh jual di internet??
CONTOH SENARAI PERNIAGAAN DI INTERNET
1. Pakaian / Fesyen.
2. Permainan Video.
3. Elektronik .
4. Perkakasan dan perisian komputer .
5. VCD dan DVD.
6. Buku.
7. Kad ucapan.
8. Perkakasan / perhiasan rumah.
9. Barang kemas atau aksesori wanita.
10. Kesihatan.
11. Pelancongan.
12. Kenderaan.
13. Hartanah.
14. Trading.
15. Muzik.
DLL
Pilih la perniagaan yang kene dengan jiwa kita..
dah pilih wajib buat kajian pasaran..
perlu tahu market kita macamana supaya dapat
menyesuaikan diri dalam bidang perniagaan internet
yang sangat hangat masa kini.. lagi banyak maklumat
anda dapat.. lagi cerah la peluang kejayaan anda...
FAKTOR 3P
* PERSAINGAN : Biasakan diri anda dengan beberapa perniagaan internet
lain yang sama dengan apa yang akan anda laksanakan (jika ada).
Kalau boleh elakkan persamaan atau peniruan yang ketara.
Orang ramai bosan asyik melihat benda yang sama berulang kali.
Kaji kelebihan dan kelemahannya dan ambil peluang dari itu.
* PELANGGAN : Kaji pelbagai jenis pelanggan yang melakukan perniagaan
online dan potensi pelanggan yang mungkin melawat laman web anda.
Nilaikan keperluan dan apa yang mereka harapkan. Jangan lupa bahawa
anda juga merupakan seorang pelanggan!
* PERSEKITARAN : Kenali budaya internet. Ini termasuklah bahasa dan
gaya komunikasi secara online. Jika anda kurang mahir, langgan beberapa
e-zine (majalah/buletin elektronik) dan newsletter untuk bacaan anda.
Yang penting sekali, tulis semua idea anda di dalam diari contohnya
sebelum idea itu hilang! Tanyalah diri anda,
“Apa yang orang cari di internet?”
“Apa yang orang cari di internet?”
Ambil masa anda sebab bukan kerja semalaman dan jangan terkejut
mungkin memakan masa berhari-hari. Ambil masa anda dan dengan
membuat kajian pasaran yang teliti adalah lebih baik...
mungkin memakan masa berhari-hari. Ambil masa anda dan dengan
membuat kajian pasaran yang teliti adalah lebih baik...
2 comments:
thanks for sharing...ilmu yang amat-amat berguna...^_^
thanks sharing...
jemput2 ke blog saya
http://beautifulazra.blogspot.com/2014/08/how-to-build-your-bussiness-with-shaklee.html
Post a Comment