Thursday, February 27

9 TIPS MELAYAN PELANGGAN DENGAN BETUL



Semenjak jadi peniaga ni... suka pulak cari tips2 meniaga...
carik2 simpan kat sini.. anda nak guna dipersilakan..
jangan malu2 hihi... manfaat untuk saya... manfaat anda juga..

Tatatertib Melayan Pelanggan:

1. Peniaga mesti bijak dalam perhubungan dengan pelanggan.

2. Wajah peniaga mesti/harus sentiasa senyum , 
mesra dan ramah semasa melayan.

3. Pakaian hendaklah bersih, kemas dan sesuai.

4. Peniaga hendaklah menggunakan bahasa yang manis
 dan sentiasa bersopan santun dan sabar.

5. Peniaga perlu menumpukan minat atau perhatian terhadap pelanggan

6. Peniaga hendaklah melayan mengikut tertib, jujur dan adil
 serta mendapatkan keyakinan pelanggannya.

7. Peniaga harus cuba mengenali pelanggannya dengan mengingati nama 
dan juga jenama serta jenis barangan yang selalu dibeli oleh pelanggan.

8. Perlu ingat perolehan hasil jualan, maju mundur , berdaya maju perniagaan 
anda adalah terletak pada tangan pelanggan.

9. Perwatakan peniaga akan mempengaruhi maju mundur perniagaan anda.

Umumnya pelanggan adalah Raja yang perlu anda hormati dan layani. 
Kejayaan melariskan jualan anda akan wujud jika anda berjaya membeli
 jiwa pelanggan anda. Lakukan sekarang untuk menawan jiwa pelanggan anda.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...