Saturday, February 15

Tips Elak Rumah Dimasuki Perompak



Bila hidup dah terdesak... semua pun boleh jadi...
dah banyak kes samun pecah masuk rumah terjadi..
orang yang bekerja pun tertekan dengan ekonomi sekarang..
orang yang menganggur lagi la apa macam kan???

rumah saya sendiri dulu pun pernah dimasuki orang..
saya sendiri pun penah dirompak... trauma toksah cakap la..
Nak ku lempang laju2 orang yang cakap Malaysia ni aman..
bukak pintu tingkap takde perang tu kira aman la...??
hey kemonla.. ko tak kene jangan berlagak aman ya...
wah emo pulak nih.. ok2 bawak bersabarrrr...


Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. 
Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai
 ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika
 tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara
 fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Rumah yang dipagar dengan keluli atau mangga solex, sekiranya perompak
 menggunakan ilmu sihir boleh membuka semua kunci. Kerana ilmu sihir itu 
kerja iblis dan syaitan. Terutama perompak dari Indonesia yang mahir 
menggunakan ilmu sihir memukau dan pembuka kunci. Hanya dengan
 menepok mangga ia terbuka tanpa kunci. Jadi mari kita pagar
 rumah kita dengan ayat suci Al-Quran dan baca tip pencegahan ini.

Tips menghalang kecurian.

(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri
 (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).

(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur
 (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan
 mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).

(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam 
(pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana 
ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu diluar pintu
 rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan Petaling Jaya).

(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh)
 di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.

(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju

(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
 cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita alert).

(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda 
suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.

(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan 
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor 
dan  berdua, kalau kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).

(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan 
mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, 
jangan benarkan,beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran 
supaya mereka boleh double check dengan kita.

(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga 
Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension 
dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan
 sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.

(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda, 
bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan 
dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. 
Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.

(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan 
kecurian di rumah atau automatik alarm.

(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
 automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.

(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat. 
Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.

(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan
 rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis 
buat rondaan yang kerap di kawasan anda.

(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand new, 
sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur 
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).

(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci 
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) 
dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.

(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah
 katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.

(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap
 bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). 
Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.

(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru
mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.

(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.

(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah
 (Tak kira siang atau malam, terutamanya balik lepas 11:00am).





4 comments:

Cikgu Abah said...

dulu rumah saya pernah dipecah masuk ketika kami pergi bekerja...habis semua...rumah sewa tu ada 3pintu..habis semua kena..menurut orang kampung tu...yang pecah masuk tu budak kecil..dibantu oleh bapanya..dia masuk melalui celah grill tingkap..bapa yang ajar anak mencuri...

Eya Eybizz said...

Umah mak akk pon penah kene msk org..time tu raye n sume adik bradik blk. Bygkan umh ramai org pon pencuri leh msk..mmg dasar perampok..tp msk time org tdo. Henbeg adik akk je yg kene curik sbb dia letak sepah2 je. Abs duit rye anak buah akk ilang rm600 n brg kemas adik akk. Asalnye perampok nk msk bilik akk tp x lps. Ms tu arwah mak ternmpk org lalu..dia ingat kwn abg..elok dia lalu dpn mak kt tgga dapo,nsb dia x tolak mak akk. Mate mak pon kabur ms tu..alhamdulillah dia x ape2 kan mak akk. Bg akk brg ilang leh kt gnti, tp kalo mak yg cedera mmg xleh dimaafkan dunia akhirat.

Yg msh kate mesia aman tu bute agaknye..bongok pon ye gak...

Eya Eybizz said...

Umah mak akk pon penah kene msk org..time tu raye n sume adik bradik blk. Bygkan umh ramai org pon pencuri leh msk..mmg dasar perampok..tp msk time org tdo. Henbeg adik akk je yg kene curik sbb dia letak sepah2 je. Abs duit rye anak buah akk ilang rm600 n brg kemas adik akk. Asalnye perampok nk msk bilik akk tp x lps. Ms tu arwah mak ternmpk org lalu..dia ingat kwn abg..elok dia lalu dpn mak kt tgga dapo,nsb dia x tolak mak akk. Mate mak pon kabur ms tu..alhamdulillah dia x ape2 kan mak akk. Bg akk brg ilang leh kt gnti, tp kalo mak yg cedera mmg xleh dimaafkan dunia akhirat.

Yg msh kate mesia aman tu bute agaknye..bongok pon ye gak...

Miss N™ said...

sekarang ni taraf hidup tggi..org mmg akan buat apa saja demi duitkan...

bw alarm kerata tu, boleh dipraktikan.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...