Bukan Blog Kamu: Malaysia memang luar biasa kan?

Monday, October 7

Malaysia memang luar biasa kan?

Luar biasa negara ini
Kehilangan senjata berguni-guni
Ketua Polis Negara amat meyakini
Senjata hilang dilautan dalam sukar diselami


Luar biasa negara ini
Amalan rasuah dijadikan seni
Cedok sana cedok sini
Kalau boleh sampai ke perut bumi



Luar biasa negara ini
Rakyat bawahan dianggap kuli
Pak Menteri kerjanya suka membuli
Sapu duit sampai Bertroli-troli...



Luar biasa negara ini
Anak Menteri minum todi
Pak Menteri tokey Judi
Ini semua salah Machai Bangang Abadi



Luar biasa negara ini
ada menteri takut bini
Tapi dengan K-pop sayang sekali
Kalau boleh nk jemput lagi...



Luar biasa Negara ini
Mempunyai rakyat berstatus machai abadi
Fikirannya serupa orang mabuk Todi
Elok tadah dahi bagi gerudi



Luar biasa negara ini
Amalan membazir dianggap mini
Semuanya untuk keuntungan kroni
Apatah lagi kalau bukan untuk Bini...



Luar biasa negara ini 
Bila harga minyak dinaikkan lagi
Dibilang cuma kurangkan subsidi
Disuruh diam disogok BR1M dua kali



Luar biasa negara ini
Bila BR1M diberi heboh sana sini
Jumlahnya boleh dihitung dengan jari
Bila tiba PRU diminta balas Budi..

#pesbukopipes

Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

8 2 ORANG KATA:

SarahSyafiq said...

hehe..senyum simpul ja bila baca.

Kakzakie said...

Luarbiasa negara ini
tak kena serba-serbi
alahai apa nak nak jadi..

Cik Asma BLuppy said...

dalam maksud tu. hehe

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

maksud tersirat tu
terbaikkkk la bert

Rai Ourkizuna said...

kami tak dapat pun brim..hahaha..

Puan Ida said...

hehehe senyum bile baca
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blgospot.com
dah follow blog ni no 1156

are_lin@yu said...

hehe luar dari biasa kan..

Cik Nur™ said...

only in Malaysia....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...