Bukan Blog Kamu: Bahasa Kiasan Moden hehehe

Saturday, March 24

Bahasa Kiasan Moden hehehe



Simpulan bahasa atau perumpamaan, hasil daripada ciptaan

orang melayu lama.. maknanya bahasa kiasan untuk

mengatakan sesuatu.. kira care modennyer.. bukan sound direct la…

yerla dulu-dulu penuh dengan adab sopan santun..

bahasa sekarang pun dah habis dirojakkan….


bende ni dah lame.. dan mungkin dah ramai gak yang tau pun…

bonus pader yang tak tau la… mari kiter layan bahasa kiasan yang

telah dirosakkan dilawakkan & di cacamarbakan…


1. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kereta pun boleh undur,

terlajak kapal terbang takde gear reverse, sori.


2. Bersatu kita teguh, bercerai kita kahwin lain.


3. Sudahlah jatuh ditimpa pula tangga
lepas tu tercium pulak tahi ayam.


4. Alang-alang mandi biar guna sabun & syampu.


5. Harimau mati meninggalkan belang, isteri mati
meninggalkan gelang, suami mati meninggalkan hutang.
(lain kali jangan suruh suami beli gelang secara hutang)


6. Sebab mulut santan binasa sebab
mulut juga... nasi pun habis.


7. Biar putih tulang jangan kuning gigi
(gosok, jangan tak gosok tau)


8. Kalau tiada angin masakan pokok bergoyang
kecuali kalau ada beruk atas pokok tu


9. Malang tak berbau tapi kentut boleh
berbau walaupun tak berbunyi.


10. Biar mati bini jangan mati anak
(boleh kahwin lagi ape)


11. Alang-alang menyeluk perkasam
biar sampai kepangkal ketiak.


12. Biar korek hidung jangan korek tabung.


13. Berakit-rakit kehulu, berenang-renang
ketepian lama-lama jadi letih.


14. Sayangkan anak tangan-tangankan
sayangkan isteri kahwin lagi satu.


15. Kalau padi katakan padi, tidak aku ternanti-nanti,
kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi.....boleh blah!


16. Harapkan pagar, pagar pun tak boleh harap.


17. Tempat jatuh lagikan dikenang
inikan pula tempat kena saman.


18. Hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri,
kalau macam tu lebih baik tak payah hujan.


19. Biar lambat asalkan perlahan.


20. Kalau tiada rotan, pelempang ajelah....


21. Carik-carik bulu ayam lama-lama jadi
bulu tangkis badminton, pasti ayam kebogelan.


22. Air dicincang takkan putus tapi kalau
daging dicincang tandanya ada kenduri


Gelak2 jugak… tapi bende ni sekadar hiburan sahaja okey..

malu jer kat karam singh walia… walopon berbangsa lain..

tapi tgkla bahasa kiasan yang dia gunakan.. mabelesssss!!!




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

Karukord Jagau's said...

saya suka yg no 14....hehehehheee

Lea Isnawi said...

hahaha..semuanya lawak2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...