Thursday, March 22

Mencintai tak semestinya memiliki.... isk isk isk




Janganlah kau angkuh melaungkan.. .

Si dia kepunyaan mu ...

Atau kau kepunyaan si dia ...

Kerana hakikatnya.. .

Kita tidak pernah memiliki sesiapa...

Walau sekeping hati seorang insan...

Tidakkah kau sedar...

Hukum alam menyatakan.. .

Mencintai tidak semestinya memiliki?...

Manusia pandai berpura ...

Berlakon di pentas dunia...

Dan bertopeng menutup rahsia..

Tetapi hati...

Tidak pernah berdusta pada empunya...

Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...

Tidakkah kau sedar...

Mungkin si dia melafazkan.. .

Ungkapan cinta pada mu ...

Tetapi hati dan perasaannya. ..

Tidak pernah berniat begitu...

Dia hanya berselindung. ..

Di sebalik sejuta alasan...

Dan kau...

Begitu jujur dan setia mencintainya. .

Sehingga terlupa..

Hukum alam menyatakan..

Mencintai tidak bermakna memiliki..

Sesungguhnya. ..

"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."

"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."

Mengertilah. ..

Kita sebenarnya kepunyaan..

Yang Maha Esa...

Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...

Kecuali Dia...

Dia mengasihi hamba-Nya...

Dia memiliki hamba-Nya...

Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali.....



5 comments:

Saya Disini said...

betul2./.

abghani said...

cinta pd manusia bleh buat kita buta

Miss N™ said...

Cinta Pada DIA..itu yg hakiki.. :)

are_lin@yu said...

nice lah..suka baca...cipta sendiri ka?

Abang Karu said...

huuu sedap baca .....menarik susunan ayat kata2 :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...