Bukan Blog Kamu: Bas terbalik di Genting, 1 maut 2 terperangkap!

Monday, March 5

Bas terbalik di Genting, 1 maut 2 terperangkap!


Kemalangan bas lagi berlaku pagi tadi jam 8.15 pagi..
melibatkan bas persiaran warga India di Jalan Genting KL..
cuaca kini pun tak berapa baik.. kalau panas, panas sesangat..
kalau hujan teramatlah lebat.. jalan pun jadi licin
menyebabkan bas itu terbabas... sorang mati 2 terperangkap..
ikuti berita sebenarnya di bawah ini...........




KUALA LUMPUR: Seorang maut, manakala dua terperangkap apabila sebuah bas persiaran
yang membawa 24 penumpang warga India terbabas, sebelum terbalik di Kilometer 4.5,
Jalan Genting-KL, jam 8.15 pagi tadi.

Nahas berlaku ketika bas itu sedang dalam perjalanan menuruni pusat peranginan
Genting Highlands menuju ke Singapura. Kejadian dipercayai berpunca daripada
keadaan jalan yang licin apabila hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohd Yusri Hassan Basri,
berkata polis menerima aduan orang awam yang melalui kawasan terbabit
sejurus kemalangan berlaku. "Anggota bomba dan penyelamat kemudian bergegas ke lokasi
nahas dan kerja-kerja menyelamat kini sedang giat dijalankan bagi mengeluarkan
mangsa yang masih terperangkap," katanya ketika dihubungi Berita Harian Online sebentar tadi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Keselamatan Genting Highland, Ramakrisana,
berkata tiga jentera bomba bersama 25 anggota dari Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur
turut dikejarkan ke tempat kejadian bagi membantu kerja-kerja menyelamat.




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

3 2 ORANG KATA:

Diana @ bilakukatacinta said...

nak gi cameron mingggu depan..risau gak keadaan jalan. harap semua ok

azam said...

adoi...malang tidak berbau

LiNda said...

sebab tu la takut nak gi genting...jalan dia bahaya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...