Bukan Blog Kamu: Rancangan Baru : Karoot Komedia BESSTT!!!!

Wednesday, March 21

Rancangan Baru : Karoot Komedia BESSTT!!!!

Dah 2 minggu iklan karoot komedia ni ditayangkan
macam tak sabar je nak tengok malam besok jam 10 malam
bertempat di astro warna saluran 132 ya...

Rancangan ni sebuah rancangan muzikal komedi yang menggabungkan
muzik, lakonan sketsa dengan topik-topik yang menarik dan
dilakonkan oleh pelawak-pelawak terkenal di Malaysia ni!!
kalau tengok iklan macam besss sebab ada ramai
pelawak-pelawak yang terkenal macam sepahtu, johan,
sabri yunus, ebby yus, jihan dan yus raja lawak...

saya copy sikit berita dari kosmo tentang rancangan ni keh!

“Antara keunikan yang bakal diselitkan menerusi Karoot Komedia

adalah penampilan kumpulan dikir barat yang mengikut

tema sketsa pada rakaman minggu tersebut.


“Selain itu, kami juga tampilkan pelawak-pelawak yang diminati

ramai seperti Ebby Yus, Johan, Jep Sepahtu, Jihan Raja Lawak serta

Yus Raja Lawak yang menjadi pelakon residen program ini setiap minggu.


“Konsep seperti ini dipilih kerana kami mahu berikan sesuatu yang

berbeza kepada penonton. Idea ini juga tercetus setelah saya,

Sabri Yunus dan Husin Saaban mencapai kata sepakat mahu menghasilkan

sesuatu yang akan membuatkan penonton tidak berganjak dari depan

kaca TV dari mula hingga ke akhir program,” jelas

Pengurus Saluran Astro Warna, Bob Azrai tentang konsep yang dipilih.


Apa yang menariknya, kumpulan dikir barat akan mengikut tema

judul pada minggu tersebut. Sebagai contoh, jika tema rakaman

minggu itu ialah tentang Mat Rempit, maka ahli dikir barat akan

berpakaian seperti Mat Rempit iaitu dengan memakai topi keledar dan

koreografi juga akan menjurus kepada aksi merempit.


Apa yang boleh disimpulkan, penonton pasti tidak kering gusi menonton

program baharu Karoot Komedia dengan sajian lawak spontan yang

dilakonkan pelawak-pelawak residen yang dipilih.

BERITA PENUH DI KOSMO ONLINE




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

4 2 ORANG KATA:

Cik Nur said...

xpernah tgk pulok..!
sbb nur mmg jrang tgk tv,..huhu

kay_are said...

tak sabar nak balik umah tengok tv weekend nanti.. lame dah tak tengok tv rase nye..

Wanieys Hashim said...

tgk iklan mcm best..
tak sabo nak nengoknyer juga heheee

dwaty said...

takde astro...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...