Wednesday, May 7

CARA LATIH ANAK BERJALAN



sebagai ibu dan bapa tentu seronok melihat perkembangan
anak2 kita kan... dari bayi yang dilahirkan tak sabar nak 
tengok mereka membesar bermula dari meniarap, merangkak
duduk, berjalan dan bercakap... sama macam saya..
memang teruja bila tengok perkembangan anak satu demi satu..

anak dah merangkak... dah duduk tapi belum boleh berjalan
ada tips saya nak share cemana nak latih anak berjalan...
moga bermanfaat buat semua ibu dan bapa yaa...


1. Pastikan rumah anda selamat untuk mencegah anak
 daripada mendapat kecederaan pada sudut, tangga 
semasa mengajar anak kecil anak berjalan.

2. Setelah anak kecil anda belajar merangkak, bantu dia 
untuk terus melangkah dan pegang tangannya sehingga
 dia mampu untuk berdiri dengan betul tanpa jatuh.

3. Walaupun anak kecil anda mula berdiri sendiri tanpa
 bantuan anda, dia tetap memerlukan bantuan anda
 untuk kembali duduk. Mungkin dia akan menangis.
 Jangan hanya memujuknya untuk meredakan tangisannya
 tetapi ajarlah dia cara yang betul untuk duduk. Ajarlah dia 
bagaimana untuk membengkokkan lutut supaya dia boleh
 duduk tanpa jatuh. Berilah dia masa untuk mencuba sendiri.

4. Pastikan ada perabot untuk dia memegang
 supaya dapat bergerak sendiri dengan mudah.

5. Pegang tangannya kerana dia belajar untuk mengimbangi dirinya. 
Anda boleh menggalakkan bayi anda berjalan sambil memegang
 ke dua-dua tangannya. Anda boleh memegang tangannya
 sama ada anda berdiri atau melutut di hadapannya dan
 kemudian biakan dia berjalan ke arah anda seterusnya anda
 boleh melepaskan dia berjalan tanpa bantuan daripada anda lagi.

6. Berada berdekatan dengannya. Dia mungkin akan berjalan
 satu atau dua langkah sebelum mencari sokongan. Selepas 
mencuba sahaja, dia akan lebih yakin untuk berjalan banyak
 lagi untuk langkah demi langkah. Sebelum anak anda tahu 
berjalan dengan sempurna, anda pastinya akan ‘menangkap’ 
dia beberapa kali untuk mengelak dia jatuh.

7. Apabila anda mengajar anak kecil anda untuk berjalan,
 jangan menggunakan walker. Ia boleh mengundang risiko
 bahaya yang boleh menyebabkan kemalangan dan kecederaan.

8. Elakkan membeli kasut sehinggalah anak anda boleh berjalan.
 Biarkan dia belajar berjalan di permukaan kasar, sejuk,
 berpasir atau berumput. Juga kerap berjalan berkaki ayam 
membantu mereka memperbaiki keseimbangan dan penyelarasan.
 Pastikan kakinya di basuh segera untuk mengelak jangkitan kuman.

9. Salah satu perkara yang paling penting yang anda boleh 
lakukan untuk mengajar anak kecil anda berjalan ialah 
menggalakkan dia untuk mendapatkan banyak senaman
Bantu dia untuk meningkatkan koordinasi bandannya dengan
 bermain permainan fizikal dan permainan kanak-kanak
 yang menggalakkan ketangkasan.

10. Permainan jenis tolak dan tarik sangat baik untuk mengajar 
bayi anda berjalan. Anda juga boleh bermain dengan menendang
 dan membaling bola. Aktiviti-aktiviti ini sedikit akan 
menggalakkan koordinasi mata tangan dan keseimbangan badan.

11. Bagaimana pun, jangan memaksa anak kecil anda untuk 
berjalan terlalu awal jika dia tidak menunjukkan tanda-tanda 
boleh berjalan lagi. Ini kerana kakinya masih belum bersedia 
untuk menyokong badannya. Jangan bimbang, dia akan 
berjalan dalam tempoh masa terdekat.

12. Cuba ajak anak kecil untuk berjalan bersama dengan anda
 tetapi pastikan anda tidak bergerak terlalu laju supaya dia
 tidak mudah jatuh. Mulakan dengan berjalan
 di hadapan rumah anda, atau laman rumah.

13. Jangan sekali-kali tinggalkan anak kecil sendirian. 
Dia mungkin akan jatuh atau memerlukan bantuan anda.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...