Bukan Blog Kamu: 10 Cara Nak Takutkan Jiran Anda hehe

Monday, October 22

10 Cara Nak Takutkan Jiran Anda hehe




1) Kat belakang rumah gali 2-3 batas berbentuk kubur kemudian
 letakkan papan dan kain putih. Bila jiran tegur nanti, kata
 "Takde apa-apa tu. Saya nak tanam sayur, nak berkebun", 
sambil menyiram air mawar keatas 'kubur tipu' tu...
lagi wangi lagi real... tabur bunga2 sekali okeh..

2) Bila jiran tengah menonton TV di ruang tamu mereka, 
ambil kerusi malas / kerusi plastik dan turut serta menonton TV
 mereka, tapi dari halaman mereka dan dengan menjengok2 tingkap 
mereka. Sure mereka seriau, especially kalau mereka tengah
menonton cerita 'Khurafat'. Kalau boleh, pakai jubah putih 
dan lakukan pada malam hari....

3) Pesan pizza tapi alamatkan ke rumah jiran anda. Setiap kali 
buat pesanan, suruh orang delivery hantar ke rumah mereka.
Kalau jiran complain, kata anda takde telefon jadi
kena pesan ke alamat mereka...

4) Setiap Subuh, alihkan tanaman dan pokok bunga jiran anda
 daripada tempat yang asal. Lakukan setiap pagi supaya tanaman
 atau pasu bunga mereka sentiasa beralih-alih. Kalau mereka hairan,
 kata "Kuat berjalan betul pokok2 awak nih!".

5) Minta kebenaran mereka untuk membuang sampah di tong 
sampah
 mereka. Jika mereka tanya kenapa, kata je "Tong sampah
 saya penuh dengan mayat.. eh.eh... sampah... hehehe".

6) Bila menyidai baju di ampaian rumah, sidai sekali surat khabar,
 majalah dan buku2 anda. Jika jiran tengok, kata je anda tak
 suka membaca bahan bacaan kotor.

7) Suruh isteri dan anak2 anda mmanggil anda
'Duli yang maha mulia seri paduka Zorgon' depan jiran2.
Jika jiran nak tahu kenapa, kata je anda berasal
dari kerabat diraja Marikh.

8) Buat open-house dan jemput jiran2 anda. Tapi hidangkan
 kasut, selipar, terompah, boots dan kasut high-heels sebagai
 hidangan utama. Buat barbecue di halaman dan panggangkan
 selipar jepun anda. Cadangkan kepada jiran yang anda pun 
boleh tolong mereka panggang kasut mereka sekali.

9) Bila jiran datang ke rumah anda, jangan bagi mereka duduk
 diatas kerusi. Suruh duduk kat lantai, walaupun ternyata ada
 sofa dan banyak kerusi lain. Kata yang kerusi2 kat rumah anda
 ada jerangkap samar (landmines). Kalau ke rumah mereka, buat 
benda yang sama. Kata anda tak nak duduk, takut meletup...

10) Buat patung boneka drp kain yang serupa macam muka dan
 pakaian jiran anda. Jika dia terkejut, kata je anda rasa lonely
 dan boneka tersebut membuat anda rasa jiran anda
sentiasa disisi dan tak lonely. Sure dia horror... .!

ape-ape pon, tak baik laaa anda buat gini.. 
berbaik-baiklah dengan jiran anda yer..
tanpa jiran saper lah anda...
kew kew kew....



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

12 2 ORANG KATA:

MizzTina said...

kejamnya!!!

are_lin@yu said...

jahat beno..hiihihhi

Mrs Lurve said...

takut nti xde pulak yg sudi nak berjiran hehehehe masalah tue

Tentang Kita said...

hehhe..lucu la...ada ker org buat gitu kat jiran2..

LiNda said...

haha...ade2 je bert ni, kalo linda buat mcm ni sure x smpai sebulan jiran linda da pindah :)

:: Mrs.Eady :: said...

kijammmm!!

ieedaz @ mama_isha said...

hahah kejam tp lawak laa...betul tanpa jiran, hidup kite pun bosan jgk kan..hehe

iedchan said...

ni kompom tade org lansng dtg rumah..hehe

Qhaifa Nur said...

mmg kelakar....
hari2 gaduh dgn jiran kalau mcm gini he..he..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

eeeeiiii kejammmmmmmm hahaha

Mayang ABDUL RAZAK said...

hahaha.. kelako le..

Kesuma Angsana said...

eh eh jgn lah buat cam tu hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...