Bila nak beradik si abang long nawfal ni memang
beliau agak kuat meragam.. memang macam tu
Dari mula mengandung sampai la sekarang
dah nak masuk 6 bulan kandungan ni.. ada je
ragam pelik nawfal yang muncul...
contoh yang terbaru, paling rare sekali lah ni..
tiap kali bila bapaknya bersin dan maknya
batuk sebab tak berapa sihat ni mesti si nawfal
akan melolong nangis melalak-lalak..
eh ape kene ko neh ha nawfal..
perasan dah tiap kali kami batuk atau bersin
dia yang tiba2 dari elok diam je mesti nangis
mengamuk.. terpaksa la pujuk beliau..
kalau pujuk mau diam masa tu jugak
takpela jugak.. ni kene la pujuk pelbagai
gaya dan cara contohnya bagi kartun ke
baru nak diam hahaha.. adoi budak ini!!
rare sungguh perbuatan beliau.. maka dengan
ini kami laki bini isytiharkan tiap kali nak batuk
atau bersin sila jauh dari beliau atau pun sila
lebih sopan lagi agar tidak didengari beliau..
tapi kengkadang terlupa jugak terlepas jugak
maka melalak la beliau tidak semena-mena...
Ape2 jelahai.. layan kan aje.. nanti nawfal dah besar
sila baca balik entry ini ya.. perangai meragam
nak dapat adik baru ni.. hehehe...ada macam2
lagi tapi yang ni paling rare sekali lah nampaknye!
No comments:
Post a Comment