Thursday, February 19

TIPS BLOG / WEBSITE ANDA MENJADI KESAYANGAN GOOGLE


Siapa tak suka jika disayang-sayang kan..
semua orang suka disayangi... bukan nak cerita pasal
kasih sayang cinta suci murni tapi nak share tips
cemana nak menjadi kesayangan google...
Anda ada blog atau website kesayangan kan...
dan semestinya anda mesti buat yang terbaik
pada website atau blog anda di mata google..
kenapa? jika anda menjadi kesayangan google
maka web/blog anda akan didahulukan sebagai
link utama dalam misi pencarian dalam google..

Bangga kan? blog /web anda duduk kat atas..
kalau anda bagi info.. trafik anda mesti meningkat..
kalau anda buat sale melalui web/blog dah pastinya
sale anda akan meningkat melatop-latop kebabomm..
ok meh saya share tips yang saya dapat dari otai2..

TIPS BLOG / WEB TERBAIK DI MATA GOOGLE
1. Artikel atau entry anda perlu isi yang lengkap dan
 padat dengan fakta.. tak perlu panjang berjela pun..

2. Jangan copy paste bulat-bulat... boleh copy tapi 
edit la sikit.. jangan la malas benooo.. lepastu taip
semula.. gunakan ayat sendiri lebih baik.. google ni
dasat boleh detect sape suka sangat copy paste hihi..
dan yang penting jangan lupa kasi KREDIT okeyy!

3. Cari info atau artikel yang boleh bertahan lama dan
boleh diguna pakai sampai bila2 terutamanya tajuk 
dan info yang mendapat permintaan ramai..
Contohnya berita, fakta, cerita lawak, info keluarga,
info kesihatan, info semasa, info pendidikan, resipi,
tutprial, tips, panduan dan banyak lagi boleh share..

4. Pastikan tajuk anda sesuai dengan artikel dan
kalau boleh biarlah sensasi.. jangan tipu pulak.. tak elok tu!

5. Jangan guna shortform.. google tak boleh cari nanti..
kata nak jadi kesayangan google kan..? nanti google nyampah!
haha

ok dah cukup la 5 tips ni.. anda buat anda dapat hasilnya...
saya dah buat dan dah dapat hasilnya.. nak tengok?

statistik terkini dengan 10 topik terhangat...
saya dah perasan dah.. kalau buat entry berkaitan
info yang bagus untuk pencarian google
mesti statistik untuk enrty tersebut pastinya
mencecah ribuan visitor.. paling busuk pun ratusan..
kalau merepek2 atau cerita personal takdela banyak pun
sape pulak nak baca cerita personal kalau kawan2 kita
mestila ada yang baca kan hehehe...

nah saya share dulu CARA BLOGGING BEKESAN
semua saya dah pratikkan.. memang menjadik..
anda blogger baru boleh cuba tips yang saya share..
anda yang dah otai.. mesti lagi power!! tabik spring!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...