Thursday, February 5

Anak-anak tempat paling sesuai melepaskan marah?



KEEGOAN SEORANG IBU BAPA


Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak 
kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada 
surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi
 yang terguris.Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu 
pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru.
 Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah 
pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..
Bila matahari semakin hilang cahayanya, 
baru ibu dan ayah datang mrnjemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak
 kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu
 juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. 
Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji 
kotak pensil yang ibu baru belikan...

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang
 tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. 
Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba 
wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab
 bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak
 tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan
 pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya
 adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, 
pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. 
Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. 
Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran
 kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan
 teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa. Kerana waktu mereka 
ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.
Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana
 pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi 
sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. 

Tidak penatkah mereka?

Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka
 bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan anda*
info berguna ini datangnya dari group whatsapp

2 comments:

mila said...

tacing nye entry ni...nak nangis larrrrr..huhu..sy mmg niat di hati nk menjadi sahabat, kwn dan ibu yg mendengar mslh ank2..xnak mereka 'jauh' dri kita bila dh besar kelak.

cik mah said...

Setuju...marah2 pun xde guna..kita je yg stress sendiri..anak2 tu sedih kejap je..esok2 wat lagi..budak2 kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...