Bukan Blog Kamu: 2 Tahun... Cemana nak ajar anak susu botol?

Friday, October 3

2 Tahun... Cemana nak ajar anak susu botol?



Dah masuk bulan Oktober... bulan ulangtahun kelahiran
anakanda Isaac Nawfal.. dilahirkan 15 Oktober 2012...
jap je dah masuk 2 tahun... cepatnya masa terbang!! hihi

Motif entry ni nak cerita... bulan depan ada 1 kursus
usahawan yang saya kepinginnnnn sangat  nak pergi..
bila bincang ngan cik asben, dia kata cepat ajar Nawfal
minum susu botol.. sebab kursus tu dari pagi sampai
petang.. nanti cemana nawfal nak menyusu??!!

nawfal tak pernah nyusu botol.. saya DF je dia..
yela suri rumah kan.. so pergi mana2 takleh berenggang..
bila tak pernah susu botol... maka agak susah disitu 
bila dah nak masuk 2 tahun ni baru nak ajar..
penah dah bagi... dia tanak dan buang2 je susu fm tu..

nak tido pun nak kene nyusu baru dia boleh tido..
jarang sangat dia tido sendiri.. boleh kira dengan jari..
ha nampakk... cabaran jugak ni bila nak tukar susu...
nanti nak cari tips la cemana nak putuskan susu badan..
banyak gak petua dah baca.. boleh la share sini nanti..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

Kakzakie said...

Bila dah 2 tahun dah boleh tambah lagi ni:)

Sedih tau nak ceraikan anak menetek ni Bert. Sayu hati bila tengok dia merengek tapi kena cekal apa lagi bila dah nak tambah adik. Tapi macamana pun memang kena ceraikan juga..

Kalau kursus boleh bawa ok juga kan:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...