Banyak perkhabaran
berita kematian bayi dan kanak-kanak
berpunca daripada
jangkitan kuman pada paru-paru.
Ya, ajal maut semuanya
di tangan-NYA. Tapi kita boleh berikhtiar untuk
mengelak daripada ia berlaku
pada bayi atau anak kita.
PNEUMONIA merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru
yang membuatkan
seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan
saluran udara pada
paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang
menyebabkan sistem
pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Punca Jangkitan
1) Kanak-kanak yang dijaga
oleh pengasuh di taska
2) Keluarga besar dengan
rumah yang sempit.
3) Persekitaran dibiarkan tidak
bersih
4) Perkongsian bekas
makanan dan minuman yang
menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan
Bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan
tidak ada sebab bayi ini mengalami demam.
Namun jika tetap
mengalami demam, bayi
harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa
yang singkat terutamanya di kalangan
kanak-kanak kecil. Kanak-kanak
boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi)
atau kekurangan oksigen.
Kanak-kanak yang mengalami
tanda-tanda berikut perlu dimasukkan
ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk
bernafas, bibir menjadi
biru, batuk berdarah dan
tidak boleh makan atau minum atau
tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh
membahayakan nyawa.
Simptom
1) Demam panas
2) Batuk dengan atau tanpa kahak
3) Sakit dada
4) Tiada selera makan, tidak mahu makan
5) Rasa tidak sihat, sering merengek
6) Pernafasan laju atau susah bernafas
7) Muntah atau cirit-birit
Rawatan
Antibiotik akan diberi oleh doktor. Jika jangkitan kuman di paru-paru

berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda
perlu dimasukkan ke hospital
untuk mendapatkan
oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Pencegahan Awal
1) Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik
1) Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik
2) Meneruskan penyusuan
susu ibu.
3) Ibu bapa boleh
mendapatkan vaksin melalui di hospital swasta untuk
meningkatkan imun dan boleh
mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
Beza Batuk Biasa dan Batuk Pneumonia
1) Batuk Biasa - Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk pneumonia.
2) Batuk Pneumonia - Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam
Beza Batuk Biasa dan Batuk Pneumonia
1) Batuk Biasa - Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk pneumonia.
2) Batuk Pneumonia - Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam
sehingga ke pagi. Kahak berhimpun lebih kerap pada
sebelah malam.
5 Tips Mudah
1) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2) Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap
5 Tips Mudah
1) Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2) Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap
oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak
anak kecil tersedak susu.
3) Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4) Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan
3) Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4) Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan
batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5) Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
5) Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.
12 comments:
Memang kena berhati2 sekarng ni memang musim macam2 jenis penyakit
perlu lebih perhatian . jangan ambil mudah kalau anaj demam. jangan ingat itu demam biasa. perlu dirawat dengan segera
rasanya menjadi pkara wajib kot kena ada termometer di setiap rumah, senang nak periksa suhu baby...
pnyakit2 ni perlu perlu dititikberatkan. btw slam kenal :)
btul tu kak... ros tkut sgt klu baca2 bnda bca ni..harap kita semua dilindungi allah :)
skrg nie pantang tersilap sikit, mudah je kena penyakit..
Anak kakak yg bungsu pernah kena Pneumonia. Masa tu usia dia 4 tahun siap duduk wad masuk antibiotik lagi jarum kat tangan.
Jaga botol susu, pinggan makan sangat penting. Sama juga pakaian dia kena jaga selalu.
skang ni mcm2 jenis penyakit kena hati2 la..bahaya tol
kesian kat kanak-kanak yang terkena jangkitan. ibu bapa kena lebih prihatin..
tips2 yag bagus ni tq
Doktor tengok x ray anak saya yg berumur 1 tahun 9 bulan ada jangkitan kuman pada paru2 tapi anak saya sngat aktif..batuk pon dah kurang,doktor sarankan masuk wad tapi kalau tak masuk wad kena sign borang dan bagi mkan antibiotik drumah sampai antibiotik itu habis.

Post a Comment