Monday, April 20

5 TIPS MEMILIH NAMA PERNIAGAAN (SSM)




Dunia perniagaan makin lama makin meningkat..
tambahan pula dengan bisnes internet.. walaupun bisnes
dari rumah atau sampingan adalah yang terbaik perlu
mendaftarkan nama di SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia)..
banyak kelebihannya bila ada syarikat yang berdaftar ni..

Jika anda perlu mendaftarkan syarikat perniagaan anda,
anda boleh ikut tips di bawah agar tiada kesilapan
dalam memilih nama perniagaan.. dah pilih nama tak 
boleh tukar dah.. sebab tu tips ni penting... 

Memilih nama perniagaan merupakan diantara perkara pertama 
yang perlu dilaksanakan dengan baik oleh setiap usahawan.

Ada apa dengan nama??

Banyak yang ada dengan nama. Nama perniagaan merupakan 
simbol pertama selain logo terhadap sesuatu usaha perniagaan. 
Ianya menjadi suatu impressi awal ‘first impression’ kepada para
 pelanggan terutama berkaitan imej yang dibawa oleh perniagaan
 kita. Nama juga boleh memberi gambaran awal terhadap servis 
dan produk yang ditawarkan oleh perniagaan tersebut.

Memilih nama yang sesuai terkadang boleh menyebabkan kita 
pening kepala. Namun berdasarkan pengalaman mengendalikan
 pendaftaran perniagaan dan penubuhan syarikat, saya senaraikan 
beberapa 5 tips yang boleh menjadi panduan kepada para 
usahawan diluar sana untuk memilih nama perniagaan.

TIPS 1: 
Pilih nama-nama yang unik menggunakan perkataan yang jarang 
diguna dalam kehidupan harian. Elakkan dari menggunakan
 nama yang biasa seperti Maju Cemerlang, Hebat Gagah dan lain-lain.

Sebaliknya cuba gunakan perkataan yang agak unik seperti
 HARDA Engineering & Consultancy (gabungan nama 
Harun + Darus), Tanjung Armada, Avanzado Brillante 
(Maju Cemerlang dalam bahasa spanyol) dan lain-lain.

TIPS 2: 
Selidik disebalik nama perniagaan anda kerana ianya 
akan mewujudkan nilai sentimental dan boleh menyuntik 
motivasi untuk membangunkan perniagaan sehingga berjaya.

TIPS 3: 
Pilih nama-nama yang tidak mengandungi perkataan yang 
digazetkan oleh kerajaan melalui Warta Kerajaan Bil. 
716 bertarikh 30 Januari 1997, Warta (Pindaan) bertarikh
 11 Oktober 2001 dan Garis Panduan Menamakan Syarikat.

TIPS 4: 
Gunakan hanya 2-3 perkataan sahaja seperti Mahjuma Trading, 
Pelaburan Kencang, Pemasaran Megah Unggul, Gold Marketing
 & Resources dan banyak contoh lain lagi. Elakkan dari memilih
 nama yang panjang kerana ianya bakal menyusahkan pelanggan
 yang menyebut dan meletihkan tangan untuk menulis buku cek.

TIPS 5: 
Jangan campurkan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
 sebagai contoh Maju Marketing kerana SSM tidak 
akan meluluskan nama campuran tersebut.

Jangan lupa untuk mencadangkan sekurang-kurangnya 3 nama 
perniagaan sebelum anda ke SSM (bagi perniagaan Enterprise) 
dan syarikat setiausaha (bagi syarikat) untuk menubuhkan 
perniagaan. Pada setakat 16 September 2012 sahaja tidak 
kurang dari 1,017,000 syarikat telah ditubuhkan di SSM. 
Oleh itu, penyediaan cadangan nama lain akan memudahkan
 pencarian nama sekiranya ada nama anda ditolak oleh SSM.

Ingat !!

Nama perniagaan yang didaftarkan di SSM bahagian 
Pendaftar Perniagaan (ROB) dan Pendaftar Syarikat (ROC)
 adalah berbeza dan tiada kaitan sama sekali. Nama yang anda 
daftar di ROB tidak ada kaitan dengan ROC. Dalam erti 
kata mudah, jika anda mempunyai perniagaan menggunakan 
nama Teknologi Maju Enterprise yang telah berdaftar 
dengan ROB dan suatu masa anda ingin menaik taraf ke
 syarikat sdn bhd, tidak semestinya nama Teknologi Maju 
tadi akan diluluskan oleh SSM kerana kelulusan nama 
syarikat bergantung kepada kelulusan ROC.

Saya harap tips-tips diatas dapat membantu anda membuat
pilihan nama perniagaan baru anda. Selamat mencuba !

5 comments:

Unknown said...

Terima kasih sudi berkongsi tip untuk daftar nama perniagaan di SSM.

Unknown said...

boleh cadangkn untuk saya nma yg ssuai untuk saya daftrkn nnt,saya nk buat syarikat kontractor klas F..

Unknown said...

Useful tips!

Unknown said...

thanks

diaripink said...

tq info yg berguna utk org mcm sy yg baru nk daftar ssm

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...