Bukan Blog Kamu: 10 IDEA BISNES PALING LAKU SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Thursday, April 2

10 IDEA BISNES PALING LAKU SEPANJANG BULAN RAMADHAN




Ada yang tengah cari idea nak cari duit raya nanti?
Tambahan pulak dah start GST ni kan.. maka
makin ramailah yang mencari bisnes2 yang boleh
membantu dapat duit tambahan terutamanya raya nanti..


Moh nengok apa senarai perniagaan yang boleh dibikin
untuk cari pendapatan sampingan anda.. tak perlu modal
yang besar pun boleh buat bisnes2 ni.. cuba try test...

1. BAJU RAYA
Dah nak raya mestila nak berpakaian hari raya...
maka, pakaian untuk hari raya adalah produk laku
keras dan sangat menguntungkan.. cari je pembekal
pakaian raya dan boleh mula promosi sama ada
anda beli secara borong ataupun menjadi ejen..

2. KUIH RAYA
Ni sudah semestinya.. tak lengkap hari raya tanpa
kuih raya... lagi2 sekarang ni orang suka beli je
dari membuatnya kan... peluang anda untuk jana
pendapatan dari bisnes kuih raya.. cari pembekal kuih raya
sama ada jadi ejen boleh.. dropship pun boleh..
atau kalau rajin buat sendiri dan jual jika ada kepakaran..

3. MAKANAN
Menjual juadah berbuka atau bersahur pun satu peluang
perniagaan.. ramai akan ke bazar ramadhan untuk 
mencari makanan seperti kuih muih, air, lauk pauk
dan sebagainya... dan pastikan jualan makanan anda
bersih, bukan makanan recycle dan menyelerakan...

4. SAMPUL DUIT RAYA
dah tak macam dulu.. sekarang ni macam2 design ada..
boleh cari design2 menarik ni daripada bisnes printing..

5. TUDUNG RAYA
khas untuk wanita... tudung raya satu keperluan penting
untuk mereka melaram di hari lebaran.. so ini peluang
anda boleh jual di bazar ataupun secara online..

6. AKSESORI RAYA
Selain daripada pakaian raya anda boleh jual aksesori raya
contohnya kasut.. beg tangan.. songkok.. samping..
butang baju melayu.. kerongsang dan banyak lagi kan?

7. PRODUK KECANTIKAN
Antara lain.. produk kecantikan wajah juga akan meningkat
sepanjang bulan puasa.. khasnya wanita yang ingin tampil
anggun dan bergaya di hari raya.. so peluang anda kan?

8. PRODUK KESIHATAN
Juga produk kesihatan untuk tambahan tenaga
di bulan puasa juga meningkat.. macam2 produk
kesihatan seperti vitamin atau energy booster
akan muncul sepanjang bulan puasa nanti...

9. BARANG MASAKAN
Bisnes ni biasanya dah nak raya sesuai nak jual..
1 atau 2 hari sebelum raya, contohnya jualan daging,
 ayam, kelapa, buluh lemang, daun pisang, daun kelapa
sangat laku.. jadi jika anda tahu mana nak cari
pembekal pada barang masakan ni boleh la cuba...

10. GAJET
mercun kira gajet tak? haha mercun pun antara
produk laku.. tapi kalau kene tangkap risiko
sendiri ya.. bila nak raya mesti ramai nak 
bergajet2 best.. hp baru.. monopod baru ka..
powerbank baru ke.. dan macam2 gajet yang
best untuk dipakai masa hari raya...

 ok tu saje... mungkin ada lagi nih...
cukupla 10 dulu saya kongsikan..
semoga dapat membantu anda mencari 
idea bisnes pada bulan puasa nanti..
bisnes tu bisnes juga.. amal ibadat jangan 
diabaikan.. bulan rahmat bulan mulia...




Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

Sha My heart said...

terima kasih berkongsi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...