Bukan Blog Kamu: Sambutan pelik harijadi daripada suami kepada isteri beliau.....

Friday, March 27

Sambutan pelik harijadi daripada suami kepada isteri beliau.....




Kenapa pelik? sila baca sampai habis.. nanti jumpalah
apa yang peliknya sambutan besday gurl tahun ni tisstisstiss

Tahniah pada encik laki kerna masih mengingati harijadi binimu..
hiiii hiiii hiii.. ok tak sangka.. ingatkan lupe.. masih ingat lagi..
nak jadi reminder bukan satu keje.. banyak keje lain nak buat..
kalau ingat Alhamdulillah.. ai terharu yuu.. kalau tak ingat
muncung 18 hasta gua kasik nanti pada beliau kihkihkih..
terima kasih banyak2 pada lalink atas kejutan yang diberikan..
memang menjadik dan terkujut patik wkwkwkw...
copy gambar sambut enibeseri jew

Kisahnya.. di petang selasa.. beliau main badminton di
tempat biasa kat stadium ipoh.. rutin beliau setiap selasa ptg..
tapi pelik.. selalu balik sebelum senja.. ni dah pukul 9 malam
tak balik-balik lagi.. risau le jugak kan.. dalam hati tu syak
mesti pergi melepak minum2 ngan kawan2 lepas game..
memang macam tu kadang2 tapi takdela lambat sangat balik..

so kita tipun la dia tanya kat mana.. jawapan yang boleh agak
pegi minum ngan kawan si polan dan si polan.. dah nak balik
dah katanya.. okla lega.. takde pape2.. tunggu lagi aik kata
nak balik dah pukul 10 baru nampak muka kepenatan..

potpet potpet sembang2.. dia suruh siap ajak keluar makan..
ok tengah siap2 mintak ambik barang dia kat kereta pulak..
tak siap lagi cemana nak ambik.. akhirnya dia pergi ambik
katanya ada teh ais.. nanti ais dah cair teh ais tak sedap..
bila masuk dalam rumah nampak paper beg cantik..

"mana teh aisnya?" tanya ku pelik..
"ada dalam beg ni?" jawab selamber..

saya pun bukak dalam beg tu..
sambil mata tengok tivi.. bila keluarkan
terpegang kotak.. dan dibukak aikk...
nampaklah sepotong kek...
tersengih2 cik laki macam kerang bakar..

"owh ingat lagi ke?"
"mestila ingat"
"harini berapa haribulan?"
"25 Mac la.. takkan lupe"
"hishh!! harini baru 24 la.. esok 25.."
"owh yeke.. patutla nampak ayang macam bongok je"
"bongok!! hahaha gayat punya abang"
"yela maksudnya patutla buat taktau je"
"yela dah tentunya esok bukan harini"
"takpela sambut harini.. esok abang sibuk
minggu ni kan minggu sukan sekolah.."
"hmm yela2.. mekaseh banyak2.. ingatkan lupe"
"tapi kek nya sepotong je boleh kan?
kedai kek banyak dah tutup la"
"alaa takpe.. beli bsar kang tak habis.. nyum2 sedap kek..
patutla balik lambat.. pegi shopping rupanya!!"

saya pun godek2 lagi beg tadi.. tengok ada bungkusan..
owh ada hadiah siap2.. bukak2 ada set pakaian...
baju dan seluar.. dan nyata bukan pakaian luar rumah
pakaian pakai kat rumah je.. cantikk!! sukaa sukaa!!
kain sedap!! warna pun cantik!! terharunyaaa!!

"pandai abang pilih.. cantik warna, kain pun best..
tapi takleh bawak jalan keluar la.. ni baju kat rumah je"
"takpela memang suruh pakai kat rumah je"
"owh yaka?"

tau je bini dia suka pakai baju pink
walhal tak minat kale pink.. *apekes*

selesai makan kek sambil lagu besday dinyanyikan
oleh cik laki dengan merdu sekali maka bersiaplah
kami keluar menjamu selera dalam pukul 11 lebih malam..
ngam2 sampai kat kedai makan jam 12.. terus masuk 25hb
sekali lagi ucapan diterima.. happy birhday ayang.. katanya..
kami singgah kat restoran ni je.. restoran nasi lemak ayam
kampung.. glamer gak kat ipoh.. pernah masuk program
jalan2 cari makan kat tv3.. dah lama nak try masuk
tapi kalau datang manjang je penuh.. grrr... dah pukul 12
malam pun still ramai lagi orang makan2.. haiyya...

tengok dari luar macam restoran mewah.. dalam hati syak
wasangka mesti makanan dia sedap sebab selalu ramai orang
dan mesti harganya mahal sebab restorannya nampak ekslusif..
tapi jangan buruk sangka haha.. bila selak2 menu.. hek ele..
standard harga je.. mahal lagi harga kat kedai makan biasa kat
 tepi jalan2.. eh takle mahal sangat  harganya bila tengok menu..

sementara tunggu menu yang di order.. jamah la bubur jap..
restoran ni ada jual bubur manis.. macam2 bubur ada..
ambik yang peberetla.. bubur pengat pisang... mula2 macam
pelik apehall warnanya macam tu.. cam tak sedap jeee!!
tapi bila dah rasa.. hamekaw.. sedapp giloss.. ketagih makan..
berebut2 makan ngan cik laki.. nyum2.. nak lagiiiii...

air kesukaan di kala mengandung.. fresh orange..
dan cik laki order teh o je.. dan air suam untuk nawfal..
nawfal tak minat minum air manis.. apesal ntah..
mak ayah je suka minum air manis.. hii hii hii

dinner jam 12 malam.. siakap 3 rasa, sotong goreng tepung
dengan udang sambal petai.. sup kosong sikit bagi berkuah..
dah cukup la tu.. makan berdua je kan.. kenyangg Alhamdulillah..
sedap gak makan kat sini.. harga pun berpatutan.. boleh datang lagi..


nila rupa restoran tu malam2.. deret2 bangunan kedai..
dari jauh dah nampak restoran ni.. meriah dengan lampu2..
kalau lalu memanggil2 je ajak masuk.. meriah gilakkk..
manusia pun sentiasa je penuhh! kaya tokey restoran ni..

oklah tuje nak citer kejadian di hari jadi sambutan
oleh cik laki khas untuk bini beliau.. mekaseh banyak2
lalink chenta hati.. bulan depan kita sambut enibeseri 
pulak keh.. perut dah sarat ni takde la nak jenjalan jauh..

sekian cerita sambutan pelik harijadi tahun ni tata..



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

dEdEQ dE wIshEs said...

HEPI BELATED BEDAY :)

ROMANTIKNYA . HIHI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...