Anda ada kad kredit? berapa? satu? dua? lima?
amacam bayaran bulanan ada ok ka tada ok?
bagus ada kad kredit ni... tapi kalau disalah guna
alamatnya ramai yang pening dan mengigil apabila
menerima statement kad kredit setiap awal bulan!
Yup.. anda mesti bayar paling kurang minima kalau tak
kena kejar setiap hari dengan bank. Orang bank yang call ni
akan kejar anda sampai dapat sebab mereka dapat
komisen bila anda bayar nanti. Masyukkkkkk..
So soalnya sekarang bagaimana kita boleh kurangkan
hutang kad kredit yang boleh buatkan kita senak perut.
Kad kredit ni kita tak boleh buat main-main sebab
ramai yang muflis kerana godaan kad kredit ini.
Hutang kad kredit nie, dia punya range interest antara
13.5% – 17.5% setahun, punyalah tinggi kan? Loan kereta
baru buatan tempatan pun baru sekitar 3%-4% je setahun.
Contoh: Jika anda mempunyai baki tertunggak kad kredit
sebanyak RM10,000 anda perlu membayar minima sebanyak
RM500 (RM10000x5%) selama 89 bulan! 20 bulan anda bayar
principal dan 69 bulan lagi anda bayar interest bank.
Sebab tu lah bank kaya!
Disini saya tunjukkan beberapa teknik yang boleh anda
gunakan untuk ucapkan good bye kat kad kredit ni:
Teknik 1: Balance Transfer
Anda memindahkan baki kad kredit anda kepada kad kredit lain
yang rendah interestnya. Anda boleh buat survey kad kredit
yang rendah interest di google. Apabila anda pindah, sila lupuskan
kad yang lama tadi dan mula bayar bulanan untuk kad yang baru.
Teknik 2: Personal Loan
Anda boleh memohon personal loan daripada bank (bukan along)
dimana interestnya lebih rendah iaitu antara 3-9%. Selepas dapat
pinjaman ini anda bayar semua kad kredit dan tutup. Mulakan
bayar pinjaman bank selepas itu. Ini akan menjimatkan wang anda.
Teknik 3: Buat bayaran ansuran
Jika anda benar-benar tersepit ini adalah cara terakhir. Anda call
bank kad kredit anda dan katakan anda nak berhenti guna kad kredit
dan bayar melalui installment. Dengan cara ini bank akan berikan
anda beberapa pilihan jumlah yang mampu anda bayar untuk melunaskan
hutang tersebut. Jika sebelum ini anda bayar RM500 sebulan, selepas
buat installment anda boleh bayar RM200 atau RM300 sehingga habis.
Jika anda mempunyai masalah bebanan hutang kad kredit anda
perlu bertindak untuk mulakan salah satu daripada 3 langkah diatas.
Ingat kata Albert Einstein : "Mereka yang yang GILA ialah buat sesuatu
yang sama berkali-kali dan mengharapkan hasil yang berlainan!"
perkongsian daripada email.. moga memberi manfaat
kepada anda yang pening dengan hutang kad kredit..
ada baik dan buruknya bila guna kad kredit..
sendiri makan pengat sendiri mau ingat yaaaaa.....
No comments:
Post a Comment