Monday, March 2

BUAT BISNES GOYANG KAKI... DUIT MASUK HARI-HARI.. MASYUKKK!!!




Pernah tak tengok iklan kat mana2 terutamanya di FB 
la selalunya jumpa iklan macam bawah ni...

JANA PENDAPATAN 100-10000 SEHARI
TAK PERLU JUAL BARANG
TAK PERLU JUMPA ORANG
JANJI PANDAI ONLINE
HANYA GOYANG KAKI DUIT MASUK HARI2
BERMODALKAN RM10 SAHAJA
ANDA MAMPU JADI KAYA RAYA!!


tu contoh la lebih kurang gitulah ayat2nya hahaha...
dan letaklah gambar duit melambak2 atau 
gambar jumlah duit dalam akaun berpuluh ratus ribu..
tah sape punya gambar akaun ntah.. milik sendiri ke tu?

yaa.. dalam keadaan ekonomi sekarang yang menyempit
bisnes online menjadi kegilaan manusia sekarang mencari
pendapatan utama atau sampingan bagi yang bekerja..

Dan setiap kali iklan ni terpampang je mesti ramai yang 
mohon untuk diPM tanda berminatnya mereka nak 
mencari pendapatan sampingan dengan cara mudah..

Tiap kali saya tengok iklan tu mesti saya tersenyum..
hmm.. tak realistik punya bisnes.. apemende bisnes
tapi tak jual barang... dah takde dah akad jual beli..
bukan la bisnes namanya.. tapi dapat duit melalui
pelaburan.. makin ramai orang bawah anda yang
mendaftar makin banyak la wang yang terkumpul..
sebab tu menggila mencari orang ajak mendaftar..

makin duduk di atas makin berduitlah... kalau yang tak
 cari orang tu.. nganga jela kasi duit kat orang atas...
tula namanya sistem piramid.. banyak jugak MLM yang
buat sistem ni kan kan kan kan... head hunter!!
produk yillekk.. dan lagi kesian.. kononnya iklan kerja
dari rumah.. kene bayar la RM50 - RM100 ke contohnya..
bila dah dapat apa yang di nak.. dibiarkan aje orang yang
bayar kat dia.. ditanya2 dah tanak jawab siap blok lagi..
cerita dari pengomen2 yang dah join benda2 macam tu..

maka terpulanglah.. anda kalau nak join.. niat lah awal2 tu
sedekah amal jariah jela modal yang dilaburkan tak kira la
walaupun singgit.. sebab biasanya hanya sementara..
berbanding pulak anda keluarkan modal untuk berniaga
betul2.. cari produk dan jual.. paling kurang pun buat dropship
kalau takde modal.. sambilan2 je dah dapat duit.. janji rajin..

takde istilah goyang kaki duit masuk hari2.. alangkan
manusia2 yang dah jadi jutawan pun berusaha keras
tempuh dulu segala kegagalan yang ada baru berjaya!!

baca kisah kejayaan jutawan2 paling kurang pun kisah
jutawan kat malaysia ni ha.. kisah 1001 suka duka
sebelum bergelar jutawan.. macam tu bagus untuk
kita contohi.. tak jadi jutawan pun takpe asalkan
bebas masalah kewangan pun dah ok dan dapat bantu
insan2 lain yang memerlukan... wang banyak pun
takleh bawak ke mati.. manfaatkan untuk orang lain..
kaya anda di SANA nanti.. betul kan?? hehehe...

ada saya share IDEA PERNIAGAAN DARI RUMAH
pegi terjah kalau tengah tercari2 idea bisnes dari rumah..
moga anda terbukak minda nak buat bisnes apa..


1 comment:

Farah Waheda Wahid said...

benda-benda macam ni bergantung kepada individu juga kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...