Monday, September 2

UKM menang pertandingan robot ke?


Pasukan Malaysian Tiger dari UKM bersama robot Android Soccer 
Tournament (Androsot) mereka yang muncul juara bagi kategori
 'free kick' dalam pertandingan 18th Roboworld Cup 
and Congress (Fira) 2013 di Shah Alam, Selangor, semalam.


Kalau baca berita ni mungkin kurang menarik bagi sesetengah orang..
atau kalau ada yang baca berita ni pun mesti ada kagum dengan 
pelajar kita dari UKM yang menjuarai pertandingan robot mengalahkan
peserta dari Mexico dan Korea Selatan... terer jugak diorang ni bikin robot..

Yang menariknya berita ni pasal ape nak tau?
ketua pasukan (saya pun baru tau haha) yang menang pertandingan ni
adalah adik ipar saya merangkap adik laki saya... (si baju kuning)
baru jumpa dia semalam ada balik kampung.. ucap tahniah 
dan rasa cam tak percaya je yang diorang boleh menang... hebat2!

akan datang bertanding di US plak tahun depan katanya la..
ada rezeki harap malaysia menang lagi menjulang nama negara..

Fira 2013 : Malaysian Tiger kalahkan Mexico, Korea Selatan

SHAH ALAM 28 Ogos - Pasukan Malaysian Tiger dari UKM muncul juara 
tugasan 'free kick' kategori Android Soccer Tournament selepas
 mengalahkan Mexico, Korea Selatan dan Taiwan pada pertandingan 
18th Fira Roboworld Cup and Congress (Fira) 2013.

Dalam pertandingan yang berlangsung di Politeknik Sultan Salahuddin 
Abdul Aziz Shah (PSA) di sini bermula semalam hingga Khamis ini, 
Malaysian Tiger meraih tempat pertama selepas dua unit robot 
Androsot mereka berjaya memperolehi 380 markah.

Mexico yang diwakili pasukan Lynxbots pula menduduki tangga kedua 
dengan 270 markah, diikuti pasukan Robotic dari Korea Selatan di tempat
 ketiga (255 markah) dan Stust dari Taiwan tempat keempat (120 markah).

Tugasan 'free kick' mewajibkan setiap robot bertanding menjaringkan gol 
dari posisi yang ditetapkan. Ketua Pasukan Malaysian Tiger, 
Nooratiqah Mohd. Tarmizi berkata, beliau dan pasukannya tidak menyangka
 dapat mengalahkan Lynxbots, Robotic dan Stust yang mempunyai lebih
 pengalaman dalam pertandingan seperti ini.

"Ini adalah kali pertama kami menyertai Fira dan kemenangan yang diperolehi
 agak mengejutkan kerana robot pasukan luar negara memang nampak lebih
 laju dan terkehadapan.''Bagaimanapun kami bersyukur kerana strategi yang 
digunakan antaranya hasil daripada pengalaman bermain permainan bolasepak
 di komputer serta nasihat 'senior' kami iaitu Wong Kin Lun dan Izwan Azmi
 nampaknya menjadi," katanya yang ditemui di PSA di sini hari ini.

Nooratiqah berkata, pasukannya turut meraih tempat ketiga dalam tugasan
 'trigger and attact' bagi kategori sama di belakang pasukan Taiwan 
yang memperolehi tempat pertama dan Korea (kedua).
Tambahnya, Malaysian Tiger kini sedang membuat persiapan untuk 
bertanding dalam satu lagi tugasan iaitu 'robot soccer league'.

Ditanya mengenai rancangan pasukannya selepas kemenangan ini, 
Nooratiqah memberitahu, mereka akan memperbaiki kemahiran dalam 
pertandingan robot dan berharap diberi peluang menyertai pertandingan 
Fira selepas ini yang dijangka berlangsung di Amerika Syarikat.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Teknikal Fira 2013, Abdul Rahim Ibrahim
 berkata, pihaknya menjangkakan beberapa lagi pasukan yang mewakili 
politeknik dan universiti tempatan dilihat berpotensi mendapatkan tempat 
teratas dalam pertandingan ini.

''Saya lihat bagi kategori Micro Robot Soccer Tournament yang dipertandingkan
 hari ini, mungkin salah satu pasukan Malaysia boleh meraih kemenangan,"
 katanya. Sementara itu, ruang pameran robotik yang terletak bersebelahan 
gelanggang pertandingan dibanjiri orang ramai yang ingin menyaksikan 
pertunjukkan tarian robot yang dipersembahkan syarikat daripada 
Korea antaranya 'Gangnam Style'.










3 comments:

Qhaifa Nur said...

tahniah buat mereka...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wow hebat la...tahniah

RIZZNA said...

wahhhh...kirim salam adik ipar kamu.

btw, robotik Malaysia dh byk kali menang acara dunia. cer Bert tanya kt adik tu. myb dia baru pertama kali menang utk pertandingan tu. UTM sndiri selalu hantar penyertaan keluar negara.

CiM bangga, sbb ank Malaysia setanding dgn org2 barat. Chaiyokk chaiyokk utk adik kamu Bert.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...