Tuesday, April 15

PENDEDAHAN SEBENAR : En Md Said Buat Laporan Polis Akibat Azan Kuat




Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan 
satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, 
jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu
 kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.

Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak
 menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak 
melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di
 kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara 
lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.

Artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan 
masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid 
Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku.
 Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum
Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis 
yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang
 Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9.
 Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu 
sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat 
berjemaah di Masjid itu.  Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah
 masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan 
Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan
 keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga
 terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit 
hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran
 dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah
 sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah
 mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang
 adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja 
dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu
 takut dikatakan Anti majlis ilmu, Anti Masjid, maka terpaksalah tanggung
 selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak 
lena tidur, orang2 tua nak berehat, anak2 sekolah nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari 
tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah.
 Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh,
 pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje,
 tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran 
didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 
15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.


3 comments:

Ibu Ayu :) said...

Atiah...terima kasih atas perkongsian ini...kalau tak ramai yg tanggung dosa sbb duk buruk2kan pakcik tu...termasuk akak :'(. Ingatkan beliau anti Azan tadi...

Mohon share ye...t.kasih...

Unknown said...

oo kisahnye..pelik gak bila baca kat forum semalam... orang yg sebarkan pun bukan tau citer betul..dah tersebar mcm2 spekulasi org buat

Unknown said...

terima kaseh di atas pencerahan ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...