Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai
kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s
Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah
orang yang ditimpa musibah lalu dia kata
"Inna lillahi wainna illaihi rajiuun."
Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman..
Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan
dunia yang sementara ini.
Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat untuk
melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang
mempunyai akhlak yang baik.
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa amal-amal kebaikan
di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan
lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni
syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu
di dunia untuk menghindari siksa neraka.
Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg tidak berkongsi ilmu dan
7 comments:
informasi yg bergune ;D
muhasabah diri yang baik tuk hari yg baik ini ...
tqvm sis :)
sape yg comel! ku Azhar! hehehehe
@Cik Gallus Gallus
mekaceh :))
@CikMiMiey
sesame jugak sis..
@Ku Azhar
hoho perasan la plakk hehe
bagus.. hehe
Post a Comment