Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini mengesahkan mentega jenama
‘Pure Creamery Butter-Golden Churn’ yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.
Ketua Pengarahnya, Othman Mustapha berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapati
produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak
walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.
"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang
mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu, umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak
menggunakan produk tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.
Sehubungan itu juga, Othman meminta pemegang dan permohonan baru
Sijil Pengesahan Halal dari Jakim atau jabatan agama Islam negeri yang telah
menggunakan produk tersebut agar menukarnya kepada yang mempunyai sijil halal
yang diiktiraf serta mengemukakan resit pembelian bahan ramuan baru.
Beliau berkata, mereka juga perlu melakukan proses samak dengan disaksikan
jabatan agama Islam negeri serta mengemukakan bukti akuan samak.
Othman berkata, perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport
dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran. — Bernama
5 comments:
oh golden churn ni dr haritu dh kata x halal kan..
@azam
banyak lagi.. kopok lekor kat terengganu pun nak kene pantau
@Rina AVAIL a.k.a Cik Betty
besela makanan import.. mmg ragu2
Semuanya jadi tak halal sekarang nie..Nape la masa mula mula tak check betul2 sebelum keluarkan produk macam nie..Dah jadi isi kandungan perut dah.. =..="
@BeloG MTT
sebbaek tak penah beli hehe
Post a Comment