Friday, August 26

MENANGIS dengar lagu raya


Dari pagi di tempat koje ni dengar lagu raya..
lebih kuat dari biasa sebab big boss dah balik
maka boleh la dengar lagu kuast sket dari biasa
mengikut semangat yang nak balik ke kampung petang atau malam ni...


tapi tengah syok2 layan lagu raya
sambil menerima duit raya dari boss2 serta hamper raya
tiba2 ader rasa sayu dan rasa nak menitik air mata..
oh cuba anda bayangkan untuk mungkin yang pernah merasa dan
belum lagi merasa.. berhari raya dengan keluarga baru
bukan keluarga sendiri di pagi raya isk isk isk...


saya taip kisah mengarut ni pun sambil meremang bulu mata
akibat keseraman yang melampau.. cemana ye di pagi raya nanti...
adakah saya akan teresak2 meraung atau menangis kepiluan...
atau saya akan tersengih2 macam biasa melemparkan senyuman
macam tade perasaan sedih di pagi hari raya..


setiap tahun beraya dengan keluarga sendiri..
dan pertama kalinya dah berkahwin dan atas permintaan suami
yang ingin beraya di kampungnye di pagi raya maka saya turutkan...
macam bess je tengok kezen dan kawan saya suami isteri sekampung..
sebelah kampung je weh.. boleh jalan kaki sehingga basah ketiak la!!
tak gadoh dan tak jumpe lebuh raya pon nak balik kampung..
tapi kata mereka plak lain... ishh tak bess jugak.. tak merasa jalan2
atas lebuh raya dan menjumpai tol2 yang sesak dengan kereta manusia...


saya ingin mengucapkan selamat hari raya mahap jahey baten
kepada semua umat islam sedoneya yang selalu singgah di blog ini..
atau kenalan2 baru dan lama saya sama ada kenal atau buat2 macam kenal
mahupun buat2 tak kenal dengan saya.. saya mohon sejuta kemaafan
sekiranya ada penulisan saya menghiris kalbu tuan2 dan puan2 semua..
atau tingkah laku saya telah menjengkelkan anda semua...
saya mohon mahap ye.. kalo buat salah lagi raya taun depan mintak
mahap lagi insyallah jika panjang umurnya....


hati2 di jalan raya.. sila pandu laju2 mengkiut had yang ditetapkan..
jika had laju 110km/j jangan bawak 80km/j plak.. lambat plak sampai nanti..
pastikan kereta berottek serta sudah diservis dari awal sebelum pulang..
rumah juga pastikan dikunci dengan sewajarnya
sebab masa ni la pencuri akan buat kerja overtime untuk mencari
pendapatan sampingan bagi menampung hidupnya yang merempat itu...


tak lupe jugak jangan apdet status pulang kampung bila
dan berapa lame kerana mungkin anda sedang diperhatikan..
takut2 perompak boleh merancang aktiviti masa lapang mereka itu
dengan sungguh efektif sekali sebab dia tahu anda takde kat rumah..
so jangan cerita detail sangat kat fb mahupun twitter ye cuti anda tu..


okeh selamat hari raya mahap jahey baten..



*tak buat kad raya plak tahun ni isk isk isk*


13 comments:

SoLy SoLicious said...

selamat hari raya..
mode mesti tacink nnti di pagi raya..huhuhuh

MizzTina said...

selamat hari raya sayam.. meh salam polok2 meh.. muahh22..

BERT said...

@SoLy SoLicious

samat ari raye ye.. huhu tgh tacing macing nih

BERT said...

@mizzkechique

mat ari taye tina.. leklok jenjalan.. makan bahulu jangan sampai tercekik

K O R I E said...

jgn sedih2.. jalankan tggungjawab anda sbagai isteri yg solehah ok ^^

BERT said...

@K O R I E

insyallah aminn hendaknyee

iyan shazlind said...

salam aidilfitri...semoga syawal kali ni lebih bermakna utk Bert sekeluarga :)

BERT said...

@iyan shazlind

mekaceh cik iyan.. aminn

AnaLyana said...

Selamat Hari Raya Maaf zahir batin buat kamu sekeluarga..:)

Norhisham Nordin said...

huhu... aku ni pun 1st time nak beraya berdua ni... huhu... mesti awkward sket kan...

AjeyyKhalid said...

salam Ramadhan, Ajeyy ziarah sini yerr..
kat bawah ni ada sikit entry dari Ajeyy, mintak pandangan dari semua yaa.. :)

http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/exam-pmr-penting-juga-sebenarnya-dalam.html


http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/07/hantu-bergambar-di-sebelah-ahmoi.html


p/s : Selamat hari raya, maaf zahir dan batin . 0-0 :))

Mira Marcello said...

salam ^^

merujuk kt entri yg nie http://miramarcello.blogspot.com/2011/08/segmen-jom-join-bloglist-aidilfitri-ben.html, sy berminat nk tukar link dgn awak kan? sy dah letak awak dlm bloglis, tp maybe lepas nie org ade prob bila klik blog kite kat bloglist awak. sebab kite dh tukar url blog. so mintak awak tukar url blog kite boleh? nie url baru http://miramarcello.blogspot.com

terima kasih ^^

Anonymous said...

selamat hari raya

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...