Mangsa, Mohd. Rafie Abdul Latiff, 27, disimbah asid oleh seorang lelaki tidak dikenali,
ketika berada di dalam keretanya, di kawasan tandas awam berhampiran Wisma Bumi Raya,
Jalan Raja Laut dalam kejadian kira-kira pukul 1 pagi, 8 Ogos lalu.
Menceritakan kembali kejadian itu, Mohd. Rafie berkata, semasa insiden dia berada
di tempat duduk penumpang dan sedang menunggu seorang rakannya yang
ingin menggunakan tandas awam.
“Seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba membuka pintu kereta sebelah
pemandu lalu menyimbah cecair dipercayai asid ke arah saya.
“Mujurlah rakan saya yang mendengar jeritan mengambil air dari tandas
dan menyimbah untuk meringankan kesan,” katanya lagi.
Mohd. Khairun memberitahu, sebuah jawatankuasa tabung amanah telah ditubuhkan
bertujuan untuk mengumpul dana dan sumbangan orang ramai bagi membiayai kos perubatan Rafie.
“Seperti dua kes yang sama, kos perubatan mangsa simbah asid agak tinggi
dan mengambil masa yang panjang,” katanya.
Sementara itu, bapa Rafie, Abdul Latiff Kassim, 61, meluahkan rasa sedih dengan
nasib yang menimpa anak ketiganya yang masih bujang itu.
9 comments:
jahat!! klu jmpa org tu, meh kite simbah asid seluruh tubuh dia.. apa rasanya.. bongok!! haish, pg2 dh mrh..
kita gantung sm dia!!!
@azam
betol2
@mizzkechique
doakan si penjahat tu tertangkap
@Ku Azhar
kasik hiris dia punye muke sampai mati hoho
keciannye nasib die~
sedeh kan,
kesian kat die. dahla nak raya nie. mungkin dugaan ramadhan agaknya..
hmmm...kene buat sampai tertangkap...aritu die berhenti sekejap je...
Post a Comment