Setiap tahun ada saja gajet terbaru yang akan muncul di pasaran.
Teknologi sekarang memang kita tak dapat nak kejar..
Lagi kita kejar lagi jauh dia tinggalkan kita.Ehh...Betul ke??.
Teknologi yang dah ada pun belum lagi kita terpakai lagi..
Untuk tahun 2011 ini kita tengok gajet-gajet yang bakal keluar
seiring dengan peredaran masa dan zaman..
Blackberry Playbook
Tablet keluaran Research in Motion (RIM) ni dikatakan
pesaing terdekat bagi iPad. Dikhabarkan bakal menggunakan processor
dual-core bagi menyokong ciri pelbagai tugasan aplikasi yang selalunya terdapat
pada telefon pintar Blackberry. Mempunyai dua unit kamera berdefinisi tinggi
di bahagian depan dan belakang. Apa yang iPad tak ada berbanding
Blackberry Playbook ni adalah connection Bluetooth yang boleh transfer satu fail
ke gajet lain yang ada fungsi Bluetooth.
Pengecas wayarles ElectroHub
Pengecas tanpa wayar ElectroHub itu membolehkan peranti elektronik
dicas tanpa perlu dicucuk sebarang kabel padanya. Kita cuma perlu tukarkan
bateri asal gajet tersebut dengan bateri keluaran ElectroHub
dan kita boleh mengecasnya dengan hanya perlu
meletakkan gajet pada pad pengecas.
LG Star
LG jugak tak mahu ketinggalan dalam perang gajet.
Apa yang menarik, join venture antara LG dengan pengeluar chipset grafik
iaitu Nvidia akhirnya berjaya menghasilkan versi Tegra 2
untuk telefon bimbit LG Star yang menjanjikan kualiti grafik yang lebih
menarik dan cantik. LG menawarkan sistem operasi Android 2.3 (Gingerbread)
dengan kamera lapan megapiksel dan berupaya merakam video
berdefinisi tinggi untuk gajet LG Star.
Tablet Motorola Android 3.0
Motorola bakal memperkenalkan tablet Motorola versi Android terkini
yang dikenali sebagai Honeycomb iaitu sistem operasi sumber terbuka
yang dibangunkan oleh Google yang lebih fleksible dan menarik.
iPhone 5
Apple Inc. bakal mengejutkan pengguna-pengguna iPhone dengan gajet terbaru
mereka iaitu kemunculan iPhone 5 yang bakal berada di pasaran tahun depan.
Walaupun belum lagi dapat dipastikan tapi penganalisis teknologi
berpendapat ianya bakal menjadi kenyataan.
Kita tunggu kemunculannya..
Netbook Berkuasa Chrome
Netbook yang akan dilengkapi dengan sistem operasi Chrome yang dibangunkan
oleh Google dijangka memasuki pasaran tahun ini.
Chrome bakal menyaingi sistem operasi yang sedia ada
seperti Windows, Mac OS dan Linux.
sumber asal : KOSMO ONLINE
1 comment:
gigit jari dulu...entah bila iz merasa nak pakai..heheehh
Post a Comment