Friday, September 9

Wow...Janda 18 Tahun!!



keje banyak nih... takleh nak merepek2 di petang gini..
jom layan cerita janda 18 tahun ni hahaha..sempat lagi
jap curik tulang kihkihkih.. jangan mareeee yeeeeee


Ada sorang duda anak 2 yang tinggal di sebuah kampung..

Duda ni nama dia Amat. Amat ni dah 3 tahun menduda

setelah kematian isterinya.


Pada satu hari , Amat yang dah lama kesepian terfikir

kenapakah dia tidak mencari pengganti arwah isterinya,

ada jugak yang akan menjaga dirinya nanti, fikirnya lagi.

Amat pun cuba la merisik-risik dengan kekawannya,

manala tau kekawannya ada calon yg sesuai.


Usin, kawan karibnya yang mendengar berita itu segera

datang berjumpa dengan Amat kerana dia ada calon

yg sesuai untuk Amat. Amat sungguh gembira bila mengetahui calon

yang Usin nak rekomenkan adalah janda 18 thn.


Beria-ia benar Usin supaya Amat menerima pilihannya.

"Nak ke dia kat aku yg dah tua ni , Sin ??" tanya Amat.

"Kau tu pun bukannya tua sangat Mat, baru 36 thn,

rupa pun hensem lagi apa!" kata Usin membodek Amat.

"Tapi....kalau aku boleh jalankan, boleh tak kau bagi aku pinjamkan RM500 ??

Aku nak pakai duit la.." kata Usin lagi.

"Jangankan RM500, RM1000 pun aku boleh bagi kalau betul

kau boleh jalankan.. tak payah pinjam" kata Amat tanpa berfikir panjang.


Usin pun segera berlalu dengan gembira bila memikirkan janji Amat.

"Kau tak payah susah2, semua aku uruskan, kau tau siap"

janji Usin kepada Amat.


Dipendekkan cerita tiba la hari yang ditunggu2 oleh Amat,

hari dimana dia akan disatukan dengan isterinya yang baru,

Leha nama bakal isteri Amat. Hari tu Amat sungguh segak dengan

pakaian untuk upacara akad nikah dengan Usin disebelah

sebagai pengapit yang memanjang tersenyum setelah koceknya

berisi wang RM500 pemberian Amat.


Amat segera terbayangkan saat2 indah yang bakal dilalui

bersama isteri barunya nanti. Sampai saja di rumah pengantin perempuan,

Amat disambut meriah siap dengan paluan kompang lagi.


Para tetamu menyambut Amat dengan senyum lebar.

Siap sahaja majlis akad nikah , tiba la masa yang

dinanti2 oleh Amat, iaitu untuk bertemu dengan isterinya.

Amat pun dijemput untuk masuk ke dalam bilik pengantin

untuk upacara membatalkan air sembahyang.


Tapi alangkah terkejutnya Amat bila didapati seorang

perempuan tua yang layak digelar nenek sedang menantinya

dengan senyuman yang sungguh menggoda. Amat mulanya merasakan

itu hanyala satu gurauan dari pihak pengantin perempuan namun

bila mak andam beria-ia menyuruh nenek itu mencium tangan Amat,

baru la Amat sedar itula isterinya yang selama ini dibayangkan

seorang janda muda 18thn.


"Usinnnnnnnnnn! !!!!!" jerit Amat sambil berlari keluar

mencari Usin. Usin yang ketika itu sedang menjamu selera

terkejut beruk mendengar jeritan Amat. " Kau tipu aku Sinnnn!!!"

jerit Amat sambil mencekik leher Usin.


"Tipu apa plak???" tanya Usin bingung.

"Kau kata 18thn!!!!" balas Amat.

"La...bukan umur dia yang aku maksudkan 18thn...

tapi dia dah menjanda 18thn!!!"

"Mintak balik duit akuuuuuuuuuuu! !!!!!!!"

HAHAHAHAHAHHHAA



SUMBER
M.Irwan
irwan@internet-webhosting.com



8 comments:

Sheila Adziz said...

hehehe... salah dengar ke salah pahaman tu...

BERT said...

@Pn. Sheila

salah tafsir kak hehe

Unknown said...

hahaha......kesian, salah kawan ni.....hehehe

BERT said...

@azam

dah jodoh haha

MizzTina said...

pnh dgr citer ni..kesian dia.. trm je la kan..

Diana @ BKKC said...

ni dah dikira menganiaya dan menipu jugak kan?

BERT said...

@mizzkechique

aah terima jela hehe

BERT said...

@Diana @ bilakukatacinta

jahat usin tu hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...