1. Terburu - buru mengajak kamu berkahwin
Biarpun baru sebulan kenal namun si dia sudah membicarakan soal tunang dan mengajak kamu kawin. Kononnya terlalu cintakan kamu dan tidak mahu kehilngan kamu. Lelaki yang benar2 jujur sekiranya mahu mengambil kamu sebagai pasangan hidupnya tentu akan mengambil masa untuk mengenali kamu dengan lebih dekat lagi. Tentu ada sebab tertentu mengapa dia terburu2..
2. Kaya dengan kata2 manis
Berwaspadalah jika dia seringkali mengungkap "segalanya hanya untuk kita berdua" atau dia menyatakan yang die tidak boleh hidup tanpa kamu. Atau tanpa kamu hidupnya tidak beerti. Lelaki jenis ini pandai bermain kata2 dan selalu nya lelaki ini tergolong dalam lelaki yang sukakan kekerasan.
3. Sikapnya yang berubah2
Sikap si dia yang sukar di fahami dan sering berubah2 walaupun dalam masa yang singkat.kamu akan rasa setiap kali berjumpa, perasaan kamu tidak bebas dan begitu takut sekiranya tersalah cakap.
4. Terlalu cemburu buta
Sesiapa saja yang rapat ngan kamu atau pandang kamu si dia pasti akan buat muka tak puas hati.. bukan itu saje, setiap ape yang kamu lakukan mesti kene 'report' kat dia.
5. Suka merendah2kan kamu
Si dia sering kali merendah2kan kamu atau komplain terutama nya bila kamu melakukan sesuatu yang tidak di sukai. Dia akan cuba untuk menukar kamu kepada orang lain dengan menukar cara berpakaian, make up, style serta sikap. Ini akan menyebabkan kamu hilang keselesaan dan lama kelamaan kamu akan hilang kebabasan untuk jadi diri sendiri. Akhirnya kamu sendiri yang akan merasa rendah diri dan tidak yakin pada diri sendiri.
6. Sukar menerima penolakan
Kamu langsung tidak boleh membantah apa yang dikatakan dan diinginkan. Kerana setiap kali dia meminta pendapat kamu, tapi dia akan membantah dan mengakui keputusan nya adalah yang paling bagus untuk diikuti. Kalau sekali dua takpe..kalau setiap kali begitu pun, akhirnya dialah yang akan jadi pemimpin diTAKTOR!!
7. Suka menyalahkan orang lain.
Apabila die menjadi seorang yang tak disenangi anda atau kawa2 yang lain, dia akan menyalahkan orang lain. Kerana bagi dirinya, apa yang dilakukan kononnya untuk kebaikan perhubungan kamu dan dia.
8. Gunakan meterial sebagai ganti.
Apa sahaja yang kamu minta si dia akan cuba penuhi. Namun mungkin kamu tak sedar, ini adalah cara si dia mengikat kamu. Kononnya si dia telah sempurnakan apa yang kamu minta, jadi kamu harus sempurnakan pula apa yang di hajati.jadi, hati2...bila termakan budi, takut tergadai body...
4 comments:
yg ajak kawen tu..kekadang lelaki tu nak tnjuk die mmg benar2 siyes..
suka rendah2kan?? ketuk kepala ke? aku ketuk kau smpai rendah! hehehe :p
menggerunkan...
mmm
sshnye nak dpt laki yg baekkk =(
Post a Comment