Monday, September 26

Kau penipu yeee!!!

Bagaimana nak mengenali samada anda sedang dibohong? Tidak kira lelaki atau wanita, kalau dah kaki pembohong tu kawan baik pun digulainya hidup-hidup.Di bawah adalah tip-tip cara mengenali seseorang itu sedang berbohong..

Sesungguhnya manusia yang tidak pernah mengaku dirinya pernah berbohong maka dia lah PENIPU BESAR!!!

hahahaha amacam setuju tak dengan ayat di atas?? mana ade manusia tak pernah bohong.. ikot pada masing2 punyer bohong la kan.. ader yang kate bohong sunat la.. ader ke bohong wajib?? dah sunat ader mesti la wajib ader?? yeke?? ishh jgn memain ngan hukum..kalo dah bohong tu bohong jela.. tade sunat de.. kang sunat leskali kang hohoh....

Moh kiter tgk senarai kenapa manusia berbohong.. mungkin ader lagi tapi ni la antara nya yang paling org slalu berbohong.. tak caye jom tgk jom!!

1) untuk selamatkan diri
2) untuk menutup malu
3) untuk bermegah diri
4) taknak ngaku kesalahan
5) untuk menutup cela
6) untuk menjaga aib sendiri atau org
7) saje suka suki menipu...

tah ape macam lagi alasan untuk menipu... tak kisah la kan.. dah mmg peel camtu nak buat cemana yer tak.. kita layan kan ajer.. bak kate pepatah moden...


"DENGAR BOLEH.. PERCAYA JANGAN"
hahaha itula prinsip saya kalo kita tau dia ni memang suka menipu....

Saya selalu ngumpat ceni... "SEPULUH DIA CAKAP... SEBELAS SAYA TAKKAN CAYA"hahhahaa.... lebih satu tu kan.. maknanyer aper??? lu nilai la sendri....

Kita boleh kenal kalo seseorang tu berbohong... aper tanda dia berbohong??? senang je nak kenal penipu2 ni... jom kita lanjutkan bacaan ni... kita tgk tande2 seseorang tu pembohong... kalo si pinokiyo tuh bleh la kita tau kan.. kalo di bohong jer mesti hidung dia panjang.. tapi tu cerita katon la... kita tgk pada alam realiti plak.. mungkin ader yang kene..... kita tgk sape yang keneeeeeee.....................................................................




Menyentuh hidung
Apabila seseorang itu berbohong, tisu-tisu erektil pada hidungnya akan dipenuhi darah menyebabkan ianya membesar. Fenomena ini juga dikenali sebagai kesan pinoc
chio. Jadi, apabila si dia bercakap dengan anda dan kerap menyentuh hidung yang tidak gatal, sebenarnya ada sesuatu yang diselindungkannya.


Menutup mulut
Ada sesetengah orang meletakkan tangan di atas mulut mereka apabila berbohong. Ini merupakan satu tindak balas automatik yang lahir dari segi psikologi kerana dari kecil lagi sudah dididik untuk tidak berbohong. Apabila mulut mengeluarkan kata-kata dusta, tangan cuba menghalangnya.


Gagap
Apabila seseorang yang bercakap lancar dan licin tiba-tiba gagap merupakan tanda-tanda sedang mengalami tekanan emosi. Sekiranya tiada apa-apa petunjuk bahawa tekanan ini disebabkan perkara lain seperti sedih, pilu, marah dan sebagainya, kemungkinan besar orang tersebut berbohong. Jadi, jika anda bertanya pada teman lelaki/suami anda dan sidia gagap untuk menjawabnya, maka anda tahu membuat kesimpulan atas tindakannya itu.


Pergerakan mata
Orang yang berbohong akan cuba meyakinkan pendengarnya dengan memandang tepat pada mata mangsa. Oleh itu,sekiranya kelipan mata berkurangan dari kadar biasa, ini mungkin tanda berbohong. Sebaliknya, ada juga keadaan dimana sekiranya mata seseorang itu tiba-tiba berkedip dengan banyaknya, ini merupakan tanda-tanda tekanan perasaan yang berkemungkinan disebabkan berbohong juga. Kerlipan mata yang normal sahaja menunjukkan dirinya tidak berbohong.


Melengah-lengahkan jawapan
Orang yang berbohong perlu berfikir sebentar untuk mereka cipta pembohongannya. Berfikir terlalu lama, berdehem, batuk dan sebagainya merupakan tanda-tanda bahawa orang tersebut mungkin berdusta.


Resah
Orang yang berdusta kerap gelisah dan mengubah-ubah posturnya. Apabila seseorang yang dalam keadaan tenang tiba-tiba sahaja menjadi resah dan tidak senang duduk apabila berhadapan dengan sesuatu soalan, ini berkemungkinan merupakan bahawa seseorang itu sedang berbohong.


Kesimpulannya... kalo kita nak kesan sama ada seseorang itu berbohong, kita perlu sentiasa peratikan air muka dan gerak badannya dengan teliti. Body language dah bleh tunjukkan sama ada dirinya berbohong atau tidak. Sebarang perubahan dari keadaan normal mungkin merupakan tanda orang tersebut berbohong.


Tu dalam bentuk percakapan.. kalo dalam bentuk tulisan.. cemana kita tau dia berbohong???? haaaaa.... saya tau!! tapi biasanya.. kalo kita tau dia berbohong dalam bentuk tulisan.. melainkan kalo kita kenal peribadinya... tapi dalam bentuk tulisan dia jadi "orang lain" atau pon tulisannya menceritakan seswatu... hakikatnya kita tau cerita sebenar... cop!! dia adalah pembohong... maka semuanya kita boleh anggap dia memang suka berbohong! noktah!


6 comments:

MizzTina said...

btl2.. ni la yg MK belajar dulu..

abghani said...

bercakap bohong lama lama jadi pencuri

Sheila Adziz said...

ramai jumpa kwn2 mcm nie... akhirnya dah tahu peel tu senyum n angguk jer la...

BERT said...

@mizzkechique

belajar dari pengalaman hhee

BERT said...

@abghani

yup betoll

BERT said...

@Pn. Sheila

dah tau tu layankan aje.. dah peel kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...