Wednesday, February 29

Ibu bayi buat laporan polis, pekerja taska kejam!!!




KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya

sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya,

Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.


JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah

pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal

pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula

dililit ketat dengan kain bedung.



Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman

video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum

rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.



Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu,

pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai

masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak

yang memandang serong terhadapnya.



“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah

mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang

dihantar ke pusat asuhan kami.

“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi

merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.


nak tengok video staff yang takde hati perot tuh??


saya dulu pernah keje sementara di taska..
kalau tau caranya tak payah nak bendung2 cam mayat tu...
tak payah nak tampal pakai plaster...
apela.. takde hati perot langsung buat kat budak2 macam tu...
semoga pekerja itu diberi pengajaran...
kesian kat majikan taska itu.. boleh rosak bisnes orang itu.. haiyya..






9 comments:

Saya Disini said...

la....isk3...sje buat hal la budak2 ni

eMMe said...

tak sampai hati tau menengoknye, mmg takde akal la... sian budak2, dowang kan tau ape...

BERT said...

ntahnye... tanak keje tayah keje.. g buat budak2 macam tu plak... haiyya!!

LiNda said...

memang kejam dorang ni..kesian budak2..meang patot kene hukum, masukkan dorang kat penjara...

Unknown said...

saman.....jgn xsaman

BERT said...

wajib saman... sebat sekali haha..

Afasz said...

mmg tak de perikemanusian.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

zalim xder hati perut lsg..
anak-anak kecil lsg xberdosa..

kak gojes said...

mmg xde ati perut...macam la dorg tu nanti takde anak...tunggu la balasan sendiri...anak org boleh la korang wat suka ati...klu anak korang sendiri?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...