KESAL...Shaherah menunjukkan laporan polis yang dibuatnya
sambil Norhashimah (kiri) menunjukkan gambar anaknya,
Ahmad Afiq yang ditampal pita pelekat.
JOHOR BAHRU: Marah kepada majikan, dua pengasuh sebuah
pusat asuhan di Taman Kota Masai, dekat sini, bertindak kejam menampal
pita pelekat pada mulut bayi jagaan mereka manakala tubuh pula
dililit ketat dengan kain bedung.
Tidak cukup dengan itu, dua pengasuh terbabit turut membuat rakaman
video gambar tujuh bayi di bawah jagaan mereka itu sebelum
rakaman berkenaan diedarkan kepada umum.
Berikutan perbuatan khianat dua wanita berusia 20 dan 22 tahun itu,
pemilik pusat asuhan berkenaan, Shaherah Abd Malik berdepan pelbagai
masalah untuk menjelaskan apa sebenarnya berlaku kepada pelbagai pihak
yang memandang serong terhadapnya.
“Ini perbuatan khianat. Hakikatnya, saya dan pengasuh lain tidak pernah
mengabaikan kebajikan bayi serta kanak-kanak yang
dihantar ke pusat asuhan kami.
“Dua bekas pekerja saya itu sengaja berbuat demikian bagi
merosakkan nama baik dan perniagaan saya,” katanya.
nak tengok video staff yang takde hati perot tuh??
8 comments:
la....isk3...sje buat hal la budak2 ni
tak sampai hati tau menengoknye, mmg takde akal la... sian budak2, dowang kan tau ape...
ntahnye... tanak keje tayah keje.. g buat budak2 macam tu plak... haiyya!!
memang kejam dorang ni..kesian budak2..meang patot kene hukum, masukkan dorang kat penjara...
wajib saman... sebat sekali haha..
mmg tak de perikemanusian.
zalim xder hati perut lsg..
anak-anak kecil lsg xberdosa..
mmg xde ati perut...macam la dorg tu nanti takde anak...tunggu la balasan sendiri...anak org boleh la korang wat suka ati...klu anak korang sendiri?
Post a Comment