Bukan Blog Kamu: Khas buat surirumah seluruh Malaysia....

Monday, February 20

Khas buat surirumah seluruh Malaysia....


Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?


Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.


Kaunselor : Isteri pula?


Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.


Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?


Encik Zainal : Isteri yang sediakan sebab dia tak kerja.


Kaunselor : Pukul berapa isteri bangun untuk sediakan sarapan??


Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.


Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??


Encik Zainal : Isteri yang hantar sebab dia tidak bekerja.


Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, isteri buat apa?


Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Isteri kan tak bekerja.


Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?


Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.


Kaunselor : Apa Isteri en zainal buat?


Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.



Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih banyak bekerja?? Rutin sehatian isteri bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah sangat penting! ;)



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

3 2 ORANG KATA:

azam said...

:) memanglah.....

Karukord Jagau's said...

isteri sebenarnya bkerja sepenuh masa :)

tahniah buat isteri2 yg rajin macam ni :)

ariana said...

Bangganya menjadi seorang isteri..:)
Nak kumpul pahala pun mudah sbnrnya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...