Bukan Blog Kamu: Tahniah Cikgu Amey.. semoga jadi juara!!

Wednesday, February 29

Tahniah Cikgu Amey.. semoga jadi juara!!


2,3 minggu kebelakangan ini beliau (cik asven) sangat bizi
sebagai coach bola sepak pasukan sekolah yang di ajarinya..
seperti yang di hebahkan sebelum INI dan INI..

setakat ini, kesemua perlawanan berjaya dirangkul
oleh pasukan beliau.. tahniah buat pasukannya!!
seperti yang saya kopikan berita ini dari FB sekolahnya..

kelihatan beliau yang berbaju merah berseluar kelabu
sebelah kanan bersama adiknya berbaju merah berseluar biru
sedang memberi kata perangsang dan semangat terakhir
sebelum perlawanan berlangsung semalam.....

Alhamdulillah, pasukan Bola Sepak Bawah-15 Tahun

Sekolah Menengah Raja Dr. Nazrin Shah (SARJANA) berjaya mara

ke peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak MSSD

Perak Tengah 2012 setelah berhempas-pulas menewaskan

SMK Changkat Lada dengan jaringan 6 berbalas 0 sekaligus

mempertahankan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan.

Pasukan yang akan ditentang pada peringkat separuh akhir esok

hari adalah SMK Sungai Ranggam (SEMESRA).

SEMESRA mara ke separuh akhir setelah mengharungi perlawanan

yang sangat dramatik menentang SMK Dato' Seri Maharaja Lela.

Keputusan berakhir dengan keputusan 1-1 setelah masa tambahan tamat

begitu juga dengan keputusan penalti yang berkesudahan

dengan keputusan 7-7. Bagi memutuskan pemenang yang akan mara

ke separuh akhir menentang SARJANA, lambungan syiling diadakan.

Akhirnya, SEMESRA memenangi lambungan syiling dengan keputusan 2-0.

Bersama-samalah kita mendoakan kemenangan bagi pasukan

Bola Sepak Bawah-15 Tahun SARJANA pada peringkat separuh akhir esok

hari menentang SMK Sungai Ranggam (SEMESRA) supaya mara ke

peringkat akhir seterusnya bergelar Juara ! Doakan juga agar mereka

dapat mempertahankan rekod tanpa bolos sepanjang kejohanan kali ini.

Nahwal Imtiyaz !



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

1 2 ORANG KATA:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...