Thursday, March 8

Video : Kampung Baru KL Banjir - guna KAYAK?





semalam Kampung Baru KL dilanda banjir...
saksikan video terkini dari MyMetroTV yang merakamkan
mangsa banjir terpaksa menggunakan kayak...

saya biasa sangat pergi kg baru ni untuk mencari makan..
kat sane banyak kedai2 makan yang sedap-sedap...
tapi tikusnya juga banyak tauuuu!!!
terutamanya dulu kat situ saya datang makan di gerai
Nasi Lemak Antarabangsa.. nasi lemak yang femes emes tu...!
kat situ je sedap.. bila pergi restoran cawangan tak sedap
plak yang gerai original tu hehehee...

selain gerai tu, ada satu gerai siam yang saya dan cik asven
serta kawan2 saya pernah saya bawak makan kat situ..
tapi tiap kali datang tak pernah tengok pon apa nama restoran tu..

yang saya ingat, kat kedai makan tu ada jual bubur berlauk...
bubur dia memang mabelesss... kedai tu sentiasa penuh...

aiseh cerita pasal makan pulak dah...
rupanya bukan di kampung baru sahaja banjir...
beberapa tempat di dekitar KL juga turut banjir...
dan KL bertambah sesak dengan kenderaan yang terkandas...

harap banjir ini kembali surut.. semoga mereka semuanya selamat
dan dapat kembali bekerja dan berniaga seperti sebelum ini...
pasti ada hikmah di sebalik kejadian ini.. Wallahu'alam


Keadaan Banjir di Masjid Jamek KL


KUALA LUMPUR: Ribuan kenderaan dan orang ramai terkandas di sekitar ibu kota

akibat banjir kilat di beberapa jalan utama berikutan hujan lebat sejak lewat petang

semalam. Selain beberapa jalan utama di pusat bandar, turut dilaporkan kejadian pokok

tumbang dan kemalangan kecil membabitkan kenderaan ringan akibat jalan dinaiki air.


Tinjauan Harian Metro mendapati, antara kawasan terjejas ialah Jalan Pudu, Jalan Istana,

Jalan Bukit Bintang, Jalan P Ramlee dan beberapa kawasan di Ampang terutama

Bukit Belacan dan Lembah Jaya dinaiki air sehingga ke paras pinggang akibat

hujan lebat tanpa henti sehingga jam 9 malam tadi.


Jurucakap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata, antara jalan yang

terjejas teruk dalam kejadian banjir kilat ialah Jalan Travers, Jalan Bangsar-Mahameru,

Jalan Silang manakala beberapa kawasan di Ampang termasuk Desa Pahlawan,

Hiliran Ampang serta jalan Hulu Langat dinaiki air sehingga ke paras lutut.


Menurutnya, sebuah kereta dan motosikal terbabit kemalangan sebelum terhumban

ke dalam longkang di hadapan Balai Polis Travers, bagaimanapun tiada kejadian yang tidak

diingini berlaku kerana kedua-dua pemandu dan penunggang motosikal diselamatkan.



berita selanjutnya.............. DISINI






2 comments:

Unknown said...

kecewa dgn banjir kat KL ni.....

terowong smart is not so smart after all

Saya Disini said...

bnjir xabis2

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...