Tuesday, March 27

Senarai Peserta Super Spontan

pelanggan-pelanggan pakej mustika terutamanya
mesti dah sedia maklum tentang sebuah rancangan baru
yang menggantikan rancangan raja lawak 6 yang berakhir sudah..

Super Spontan yang bermula Jumaat ini jam 10 malam...
program spontan ni dah lama muncul cuma dalam 2 musim aje..
kalau dulu pemain tetapnya mesti ada dalam 4 orang dan
seorang akan jadi pemain jemputan... musim pertama
yang paling syok sebab masa tu ada Arwah Din Beramboi...
dialah salah sorang penghidup dalam rancangan tu..
masuk musim kedua ada kurengggggg sikit la huhuh..

super spontan kali ini menampilkan 14 peserta yang terdiri daripada
pelawak, pelakon, penyanyi, pengacara dan penyampai radio..
mereka ada dua kumpulan, Beruang Comel dan Angsa Ganas yang
diketuai oleh Rashid Salleh dan Reza Zainal antara perserta hebat
masa program spontan satu tika dahulu hehehehe...

Kumpulan Beruang Comel (Ketua : Reza Zainal)
Johan, Bell Ngasri, Yasmin Hani, Sathiya, Cat Farish Ropie & Shahrol

Kumpulan Angsa Ganas (Ketua : Rashid Salleh)
Zizan, Daphine Iking, Suhaimi, Riezman, Zahid, Tauke dan Rahim R2

(aisehhh... jozan tak satu kumpulan laaaa)

selaku penerbit Afdlin Shauki akan jadi pengkritik tetap
bersama teman boboywe nye Harun Salim Bachik..
sorang lagi nak tau sape jadi pengkritik hahahhahaha...
si budak Im sorry tu.. AMIRRRR yeahhh....!! jadi juri kau!

kalau spontan yang dulu kedua-dua musim dihoskan oleh
Sharifah Shahira kan? kali ini ditukar kepada Adibah Nor pulak..
penjurian akan dibuat berdasarkan sms 100% untuk kedua kumpulan
dan penyingkiran akan berlaku dari suara ramai ahli kumpulan..



8 comments:

Unknown said...

nice...best ni

Hudalatip said...

ok, boleh ditonton ni..

eMMe said...

alaaa...tak langgan Astro Mustika le... huhuhu...

BERT said...

tengok kat youtube nanti kak heheh

Miss Syahbanu said...

tula jozan x satu kumpulan laaaa...ni yg x best..huhu tpi maybe diorang nk seimbangkan kumpulan tuh..jdi dua2 kena pisah skejap..

Unknown said...

suka zizan n johan..lawak diaorg mmg selamba

Miss N™ said...

ade amik pakej ni, tapi xsempat nak tgk tb...huhuhu..

Apai said...

wooo..best ni ...musti tgk ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...