Susahnya nak mencari bakal isteri
- Kalau bakal isteri seorang guru. Alamatnya, kat rumah akan bising kot. Mana taknya, dilayan kita macam anak murid. "Kamu, jangan baca suratkhabar. Sila ke dapur untuk membantu saya!". Dengan suara yang kuat. Ya, aku perasan, ramai cikgu yang dah hilang tombol volume suara kat tekak mereka.
- Kalau bakal isteri seorang pekerja kilang. Waktu malam kita nak tidur pun susah. Mana taknya, dia dok kemas rumah. "Abg, siang saya kerja. Malam nih lah nak kemas rumah segala. Harapkan abg? Hampeh!" Kita plak yang kena! Tapi yang bestnya, tgh malam pun tak yah risau nak cari makanan. Bini tersayang kan ada…
- Kalau bakal isteri seorang akauntan. Mak aih, segala kewangan perlu dikawal. "Abg, jangan berbelanja lagi sekarang, kita bertahan. Nanti, masa kadar matawang kita tinggi, kita akan berbelanja di Singapura. Juga, pastikan investment untuk hartanah rujuk kepada saya dahulu" Itu ok lagi.. Kalau…. "Tempoh peminjaman duit saya kepada abg sebanyak RM 10, 5 hari lepas belum berbayar. Mengikut kadar bunga yang telah ditetapkan, iaitu 10% kenaikan bagi setiap hari, abg perlu bayar RM 15. Jika tidak, kadar bunga akan semakin bertambah" Tak ke naya?
- Kalau bakal isteri seorang ahli sukan. Adeh, bila masa kita nak rehat yek? "Abg, baru balik kerja ye. Cepat tukar baju, kita berjogging. Kesihatan perlu dijaga. Setiap minit abg berlari, kalori dibakar adalah bersamaan dengan kalori bagi setiap roti canai yang abg makan" Adeh. Kalau tgh berperang besar. Nak pulak atlit lontar peluru. Agak2nya, sempat tak nak capai kunci kereta larik?
- Kalau bakal isteri kita suri rumah sepenuh masa. Tak pernah lihat dunia luar sebelum kahwin. Bayangkan kita bawa ke majlis yang menghidangkan makanan itali. "Abg, Leha nak makan murtabak tu.." Merengek, dan kuat. Sedangkan itu lasagna. Belum lagi jerit kat pelayan panggil mintak sos cili. Lagi parah, kalau bawak beg plastik, isi makan yang bersusun kat meja buffet. Kat mana nak letak muka kita ni yekkk…
5 comments:
hihihihi..ada jer masalah yg nampak ek..
Kalau Isteri seorang Guru -
anak2 insyaalah akan jadi anak yg bijak dan pandai
Kalau Isteri Pekerja Kilang -
pasti seorang yg sabar dan Mentalnya pasti kuat.
Kalau Isteri Akaunten - Perbelanjaan terkawal dan tidak akan berlaku pembaziran.
Kalau Isteri Ahli Sukan -
Penyakit Kronik dapat dihindarkan, makanan yg di hidangkan pasti berkhasiat.
Kalau Isteri Surirumah Sepenuhmasa
Pasti kita di layan dgn penuh kasih sayang sbb takyah pikir pasal kejer.
P/S = Hargai Isteri anda, Carilah apa yg Positif pada pasangan anda, PASTI akan jumpa
Perghhh... mcm saya sedang buat entry lak.... apa2 pun seronok entry Viniyamey ni..heeeee (",)
~amb0i3..banyaknya xkena..hehe
hahhaaa. tapi kalo da syg, si isteri rupe camne pun si suami x kesah kot.
sy kan ade..xde crewet..heee
Post a Comment