Tuesday, October 18

Raja Lawak 6 berformat baru




Pertama, program yang akan bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10 malam, bermula 13 Januari depan ni akan ‘bertukar rumah’ iaitu dari saluran Astro Prima, ke Astro Warna (saluran 132).

Kedua, para peserta yang terpilih akan dibahagi kepada tiga kumpulan yang diterajui tiga pelawak tanah air. Justeru dalam menjadikan program ni terus relevan, diperkenalkan konsep ‘Cif Kecik & ‘Cif Kecik’. Cif Besar terdiri daripada tiga pelawak profesional yang dipertanggungjawab menjadi penasihat, membimbing, memberi motivasi, tunjuk ajar juga inspirasi kepada para peserta, dalam membuat persediaan untuk persembahan mingguan dengan lebih efektif. Manakala ‘Cif Besar’ dilantik untuk memantau barisan ‘Cif Kecik’ serta para peserta yang terlibat dibawah pengawasan mereka.

Johan & Zizan kekal sebagai hos buat kali yang ke-5. Johan & Zizan kekal sebagai hos buat kali yang ke-5.


“Perubahan utama dari segi elemen format dan saluran rasmi yang diperkenalkan untuk musim ni merupakan sebahagian daripada inisiatif untuk mengangkat hiburan komedi dan lawak jenaka ke satu aras yang lebih tinggi”, jelas Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh.

“Perpindahan saluran ni memang merupakan satu risiko yang tinggi. Namun melihat secara positif, destinasi Warna adalah saluran yang menghidangkan program berunsur komedi. Lagipun Astro Prima bakal mempunyai rancangan baru sehebat Raja Lawak, tak lama lagi”.

“Paling penting, objektifnya adalah untuk melahirkan pelawak berkualiti bagi mengisi ruang yang ada. Sekaligus boleh digilap untuk menjadi pelapis kepada pelawak-pelawak komersial sedia ada”.

“Kita tidak spesifikkan kriteria peserta yang bagaimana yang dikehendaki untuk musim ini, tapi seseorang itu harus berani, kaya dengan idea-idea menarik, punya sifat semulajadi (natural) dan soal disiplin antara perkara penting yang akan di ambil kira”, tambahnya lagi.

SUMBER


1 comment:

Zana Adieyza said...

astro tukar saluran sbb nak tarik lebih ramai yg langgang pakej mustika tu..

hope raja lawak 6 lagi best..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...