Bukan Blog Kamu: LAWAK : Malam pertama hi hi hi

Saturday, October 29

LAWAK : Malam pertama hi hi hi

Suasana masih riuh di luar.. Sanak saudara semuanya
berkampung disini. Gelak ketawa, gurau senda jelas
kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik
pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat
kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak
saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau
jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu
ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh
ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar
tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu.
Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda
sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur..

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak
rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan
"Assalammualaikum! " ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam. " Rupanya isteriku masih belum
tidur.. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang
mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku
tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini.
Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku
tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg. ...."

"Tik..tik..tik. .tik..."

"Kring.. kring..kring. ."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang
bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada,
aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang
seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya
membangunkan semua orang di rumahku..

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah
ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka
dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam
loceng. Juga sekeping kad berbunyi...

Selamat Pengantin Baru,

Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi.
Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan...
Potong stim betullah!!!

TAMAT

Lesson learn nye kat sini ......
buka leerRRRR hadiah tuu duluu>>> hihihee



Terima Kasih Sudi Singgah Dan Komen Bukan Blog Kamu

2 2 ORANG KATA:

Alisya said...

haha..banyak betul jam loceng...tak nak bg tinggal subuh tu...hihi

! cik ai A.K.A hajar ! said...

hahahaa..
nakal btul2x la..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...