Friday, October 28

Kau jangan benci sangat, jangan suka sangat!!

SALAM JUMAAT YANG BERBAHAGIA......

sekadar renungan saya dan anda bersama-sama....


Jika anda menyukai seseorang, janganlah terlalu menyukai,

kelak anda tidak akan nampak apa-apa kekurangan pada dirinya lagi.

Jika Anda membenci seseorang, janganlah Anda terlalu membenci,

kelak Anda tidak melihat sebarang kebaikan pada dirinya lagi.


Manusia menjadi buta tatkala dia terlalu menyukai,
terlalu meminati dan terlalu mengagumi. Anda menyukai seseorang,
Anda akan terpegun dengam kata-katanya, Anda menyintai sesuatu
Anda akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkannya meskipun
kadang-kadang usaha Anda itu menempuh sejuta bahaya.
Anda mengagumi ,buta untuk melihat sejauh mana kecacatan yang ada padanya.


Bersederhanalah dalam menyukai, memyintai dan mengagumi.
Kelak Anda akan lebih berhati-hati tatkala melangkah,
tatkala Anda membuat keputusan dan tatkala menyintai.
Ramai orang menjadi mangsa kesukaan yang terlalu,
rasa minat yang amat mendalam serta kekaguman yang tinggi.


Jika Anda terlalu mengharap, Anda akan terlalu kecewa apabila gagal.
Mengharap itu boleh, tapi usah terlalu hingga Anda tidak nampak
sebarang kebaikan lagi apabila gagal.


Setiap kegagalan menyimpan kejayaan, setiap masalah membuka peluang.
Setiap jalan rezeki yang tertutup akan membawa kepada banyak
lagi jalan rezeki yang akan terbuka.


Moga anda sentiasa bahagia hendaknya......... aminnn


7 comments:

abghani said...

agree 50% ajer

Nadia said...

nad setuju dgn pendapat akak..:)

new entry ::

Review Real Steel ツ

new entry :: Photoshoot ツ

Unknown said...

Pendek kata tkleh keterlaluan lah ye..mmmm

SoLy SoLicious said...

jgn benci org..nnti bape ramai org benci kite pulak

Gadish Lollipop said...

Don’t trust too much. Don’t love too much. Don’t hope too much, because that too much can hurt you so much.

and now Senah rasa semua tu :'(

ReramaBiru said...

~suka baca entry nie..setuju ngn pandangan tue..bersederhana adalah lebih baik :)

:: cik ai ::~ said...

s.e.t.u.j.u

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...