Monday, April 30

Selamat Ulangtahun Perkahwinan Pertama - Bert & Amey

30 April 2012 kini menjelma.. setelah dihitung oleh saya
sejak minggu lepas lagi hihihi... kalau dulu menghitung hari nak kawen..
tahun ni dan seterusnya menghitung hari nak sambut hari ulangtahun..

plipplopplipplop kejap je dah setahun.. kalau dulu sambut enibeseri masa
bercintan.. 10 tahun sudah mengenali beliau.. pahit manis kelat payau
semuanya dirasai dan akhirnya bersatu kerana sudah ditakdirkan bersama..

dinikahkan 30 April tahun lalu dan dikendurikan pada 1 Mei tahun lalu jugak..
dikendurikan lagi sekali pada 11 june untuk belah lelaki di kg gajah perak..

masih belum melahirkan seorang anak tapi akan dikeluarkan nanti
Insyallah bulan 10 berduekan 24 haribulan tahun ini... syukur
Ya Allah dengan kurniaan suami dan bakal anak yang dilahirkan....

sambutan? ntah tak tau lagi hari ini hehe.. yang pastinya pagi ni saya
kene pergi klinik untuk buat pemeriksaan lagi.. sehingga la petang nanti..
sambut enibeseri kat klinik jela nampaknya.. haha...
alaa esok kan cuti.. boleh la bercengkerama di mana2 untuk mengecapi
ulangtahun pertama kami sebagai lakimini...

semoga hubungan kami diberkati dan dirahmati oleh Yang Maha Esa
di panjangkan jodoh hingga ke sorga dan dilindungi dari anasir-anasir jahat
serta diluaskan rezeki juga dikurniakan cahaya mata soleh dan solehah...
aminnnnnn....



Zizan Raja Lawak sakit.. terlantar di wad


alahai siyannye brade jijan nih... semoga beliau cepat sembuh hendaknye..
dari sumber2 yang dibaca.. (tak ingat plak baca kat mane.. FB tak silap)
beliau sakit keradangan otot akibat kekurangan rehat...

tengok beliau di super spontan pun macam kurang sihat je..
terutamanya masa dah game yang terakhir tu kalau siapa perasan..
nampak muka dia macam moody je masa game dikir spontan tu..
kat melodi pun tak ada kan...(tak tengok tapi boleh tau cemana? hihi)

semoga Zizan dapat berehat secukupnya dan dipantau dengan doktor..
semoga cepat sembuh zizan.. ramai peminat mendoakan beliau.. aminn





Friday, April 27

Menghitung : Tiga Hari Lagi.. tiktoktiktok yeahh!


apa yang saya hitungkan... istimewa pada saya dan juga mungkin
yang senasib tarikhnya dengan saya mesti ada rasa istimewa sikit..

hujung minggu kembali menjengah.. kan bess cuti hari isnin..
takpun mesti ramai yang sambung cutikan.. ? yela selasa kan cuti..
selamat hari kawin pada yang melangsungkan perkahwinan minggu ni..
'masak' la sesiapa yang kawin terutamanya di kawasan ibu kota...
mesti jem yang hamat serta roadblock di sana sini kan hehe...

yang join BERSIH 3.. selamat BANTAH & DUDUK..
huru-hara atau tidak sama-sama la kita saksikan besok..
dapat ke bantah dengan aman? rasanya mesti diganggu jugak tu..
sediakan payung sebelum hujan air dari atau gas disembur..

saya dengan degilnya nak ikut cik asven saya ke tepen (taiping)
untuk mengikuti beliau dalam acara sukan SMAN Perak..
(Sekolah Menengah Agama Negeri) bosan la kalau kene tinggal..
baik saya ikut..3 hari 2 malam.. dapat gak jalan2 di tepen nanti...

okay.. selamat berhujung minggu.. semua 'mat rempit' baik duduk diam2..
polis ada sahaja di mana-mana.. boleh la mat rempit 'berehat' pula..

Saya kene pukul dengan penjaga tandas.. sedihh :(



tragedi malang yang menimpa saya ini berlaku semasa saya dan suami
telah selesai bercengkerama di tepi pantai untuk berkelah....
sewaktu hendak pulang dari berkelah itu, saya meminta keizinan untuk
membuang hadas kecil di tandas awam berhampiran dengan pantai itu..

tibanya saya di tandas itu, kedengaran riuh rendah seorang makcik
lingkungan umur menjangkau umur 40 tahun barangkali sedang
bising sekali mulutnya macam marah2 pun ada... dia bising2
terhadap pembuang2 hadas kecil dan besar di tandas itu...
bukan setakat bising je tau.. kat tangan dia ada ranting kayu panjang..
dah macam cikgu besar sekolah rendah tamil pulak dah...

"haa.. beratur2.. jangan nak potong barisan!!"
"haaa bayar2... pastu pakai selipar tu!!"
"yang kau tu tunggu.. yang ni dah lame tunggu!!"
"ni.. ni.. bukak kasut kau tu.. pakai selipar tandas sini!!"

lebih kurang gitulah ngomelan makcik tua itu.. ada sahaja yang tak kena..
saya mula2 pun pelik.. tak pernah jumpa tandas awam yang
penjaganya cukup bising sekali marah2 kepada pengunjung yang ingin
membuang segala isi perot.. sambil kayu yang dipegang dihayun2 sekali...
saya pun tunggu jela.. sebab memang ramai..

bila tiba giliran saya makcik tu macam biasalah sama macam orang lain
yang kene bebel dengan makcik tu... nak tau dia bising apa kat saya?

makcikmonopos : ha bayar2!! kau nak kencing ke berakk??
kalau kencing 30sen.. kalau nak berak 50sen!!

(tengking makcik tu.. baru saya tau.. dah dekat memang kuat suara
makcik tu.. pekak telinga kejap dengar dia maki2.. sambil tu kayu
yang dipegang di hayun2nya macam saya ni anjing kurap..)

sayayangbengang : kencing je.. (sambil letak duit atas meja)

makcikmonopos : ha kencing je.. jangan berak pulak!! ni pakai selipar ni
jangan kau bawak kasut kau tuh!! ingat senang ke nak jaga tandas ha..
kita nak kasik tandas bersih!! jangan nak bagi kotor2 ye!!

(bebel makcik tu lagi sambil kayunya menolak selipar tandas itu
kepada saya sampai rasanya saya makin tensen dan terbantut rasa
nya nak berhadas kecil dengan aman damai.. rasa kat medan perang!)

sayayangbengang : eeeeee macam2 lah!!

(ngomel saya sorang2 separa berbisik lalu masuk ke dalam tandas..
tapi tak sangka makcik tu telinga lintah darat la pulak.. dia dengar laa!!!)

makcikmonopos : APA KAU CAKAP!!! KAU KATA AKU BISING PULAK YE
HOI... ORANG NAK JAGA TANDAS.. NAK KASIK BERSIH.. APESAL
PULAK KAU KATA MACAM2 PULAK?? SURUH PAKAI SELIPAR PUN
TAKBOLEH KE?.. NI LAST AKU BAGI KAU KENCING!! JANGAN KAU
DATANG LAGI SINI NAK KENCING.. KO PAHAM TAKK!!

dia marah saya depan orang ramai tau tak? masa tu saya dalam tandas..
tapi belum masuk jamban lagi sebab jamban semuanya penuh...
dia maki hamun saya dengan sangat KUATTT!! saya terkejut
sehingga terkentut akibat terkejut dengan kejutan makcik itu... pergh!!

saya ni memang cukup pantang betul la orang maki hamun tak tentu pasal
ni kan.. saya rasa makcik tu sakit jiwalah.. lalu saya pun merajuk!!
saya keluar tandas itu dan berkata sambil mengomel pada makcik itu...

sayayangbengang : takpelah!! tak jadi nak masuk!!

makcikmonopos : ha bagus pun kau keluar!! nah amik duit kau ni..
jangan datang2 lagi sini!!! apela nak masuk tandas kata kita macam2
pulak... ha pegi balikkk!! jangan datang2 lagi!! pappppp

ape tu bunyi papppp? kaki saya kene pukul dengan ranting kayu tu...
kayunya di hayun2 macam halau anjing!.. perghh makcik ni memang
uji kesabaran orang muda yang jiwa tengah memberontak ni..
otometik hormat saya sudah hilang.. setan sudah merasuk jiwa...
depan-depan orang ramai tu.. tah mana datangnya semangat berani..
saya marah balik makcik tua itu.. tah ape saya cakap lupela.. haha..
tapi ape yang saya ingat lebih kurang ginilah...

sayayangkenepukul : sakit la woih.. baru jaga tandas dah eksen..
saya nak buat report.. macam ni ke layan 'pelanggan?'
kalau tak reti nak 'berniaga' toksah niaga.. saya ni bayar tau.
bukan masuk free.. pahal pulak saya kene pukul??
@$#%$^%&^*&(**%&$%@#!$#%#^$%&%@%#$^$^%&%&%

ntah ape lagi saya mencarut, merapu meraban bagai hilang pedoman..
saya ni jenis susah sangat nak marah.. kalau dah marah...
abihla.. mesti ayat2 bisa keluar sehingga bernanah orang yang dengar tu haha..
ntah ape ntah makcik tu maki saya balik saya dah tak dengar..
sebab saya dah blah dari situ.. semua orang pandang.. saya tak peduli..
masuk kereta.. saya nanges hahahahha.. macam brutal patu nangis pulak..

saya pun mengadu domba dengan si suami.. dan mengarahkan pada
beliau pergi dari situ dan carik tandas lain yang percuma tanpa penjaga..
akhirnya saya jumpa petronas.. tak jauh dari pantai tu.. hehe..
dapat juga saya berhadas kecil dengan aman tanpa gangguan suara...

itulah kenangan pahit saya bersama tandas awam..
sekian cerita tandas awam dalam kehidupan saya.. isk isk isk..

BEN ASHAARI DAN BLOG AKU


segmen lagi dari bro ben

hmm perkataan yang sesuai ialah SENSASI hehe

130 siaran astro secara percuma bermula hari ini..

selamat menonton sampai lebam bijik mata sehingga 6 May nanti..
boleh menonton semua channel kecuali astro first tak boleh pulak..

untungla penonton astro terutamanya yang tidak melanggan
hampir semua channel dalam astro.. kalau yang dah melanggan pakej
astro superpack contohnya mesti tak rasa sangat.. boleh la usha2
channel yang takde dalam senarai astro superpack tu kan hehe..

ok jugak astro buat macam ni.. sebagai tanda penghargaan mereka
buat penonton dan pelanggan setia astro meskipun ramai je
tak puas hati dengan perkhidmatan dan sebagainya...

harap astro dapat meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengambil
kira setiap komen dari pelanggan.. terutamanya cerita yang sama asyik
berulang aje... nak ulang boleh tapi jangan la kerap sangat.. bosann!!
ada banyak2 channel pun tapi kalau dah cerita yang sama bosan jugak..
tahniah Astro dapat Best of the Best si Putra Awards 2012...



Thursday, April 26

Telur panjang - jangan tengok kalau tak sanggup!




Penah tengok telur panjang?

Kalo tapena tengok..

Arini saya nak tunjuk telur panjang…

Hii hii hii..

Jangan terkejut ye…..



V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V




peliknye!!




Entry Gayat : Bila Cik Irine Nadia datang baca entry ini


sape tak kenal blogger comey kiyut si irine nadia ni cakap?
selalu usha je blog dia.. tengok kesungguhan beliau buat bisnes..
muda2 dah pandai buat but bisness... kagum!! bagus betul..
selain kehidupan beliau seorang remaja serta tunangan orang..
nak kawen dah.. bertuah la si jejaka yang memilik irine nih..

tak silap.. 2,3 minggu lepas dia ada masuk TV9 rancangan Saffiya tu..
saya tak sempat tengok.. tapi dah tengok balik dalam TONTON..
dia serta blogger remaja femes lagi sorang.. si Fatin Liyana..
rugi sape tak tengok.. mereka berdua ni ada kasi tips blogging..
selain menceritakan kisah hidup mereka bersama blog kesayangan..


sebahagian nuffnangers datang singgah.. telah di prt sc pagi semalam..
semalam saya buat entry pasal saya menang shell RM20k kan?
beliau datang sat baca entry tu.. hehe.. terasa tersuke je bila blogger
femes ni datang sini sat baca entry lalu terkomen di FB saya..

hehe.. tq adik irine.. memang kadang2 saya ada gak kacau dia di Fb..
bukan kacau apela.. komen atau like aje status dia kalau rajin hehe..


sekian entry gayat siri 4... ada siri tau hahaha...
nak baca saya jadi gayat bila jadi blogger ni? haha.. meh sini..




Ustaz Don tunangan doktor Mesir, minat Linkin Park

Perihal tentang Ustaz Don Daniyal Don Biyajid...
fenomena pendakwah yang baru.. boleh kata beliau seorang
ustaz yang sempoi.. kelakar.. bersahaja.. cool.. dan 'berisi'..
apa sahaja yang disampaikan olehnya boleh memberi kesan kepada
penonton termasuklah saya sendiri.. selalu tengok video beliau di
youtube sahaja.. boleh tergelak.. boleh tersedih sambil memungut
sesuatu ilmu yang bermanfaat selain dari menginsafkan jiwa dan raga..

jangan tak tau.. beliau merupakan tunangan kepada cik Husna Mohd Zain
bakal seorang doktor dari Universiti Kaherah di Mesir sana...
bertuah la kan cik Husna dapat Ustaz Don yang semakin diminati ramai ni..
selain itu, beliau peminat kumpulan Linkin Park yuuu...katanya lirik
dari kebanyakkan dari lagu group tersebut berunsur kemanusiaan...

seronok saya baca kisah hidup beliau sejak dari beliau bayi,
zaman kanak-kanak beliau, remaja dan sehinggalah dewasa
sehingga beliau menjadi seperti yang sekarang ni...
sangat kagum dengan pencapaian beliau.. semoga Ustaz Don ini
terus berjaya menjadi pendakwah dan pensyarah yang terbaik
dan boleh mengajak lebih ramai manusia ke arah kebaikan...

kat mana saya baca kisah hidup beliau tu? nak tau jugak?
nak copy panjang sangat.. meh layan SINI....


Wednesday, April 25

Sakat menyakat : fobia atau geli dengan binatang?

tak pasti nak pakai istilah ape.. geli? takut? fobia? trauma?
yang pastinya saya memang tak suke dengan semua serangga...
kecuali semut, lalat, nyamuk, anai-anai, dan serangga halus...
yang lain semuanya takut terutamanya yang boleh terbang!!
tengok je gambar kat atas ni.. semuanya saya takot.. haha..
tengok pun tak suke apetah lagi nak pegang... iyekkk!!!

tak kisah la ape orang nak kata.. dah takut nak buat camne...
tapi inilah yang menjadi kegemaran cik asven apabila dia
tau saya takut dengan serangga... cicak seranggga tak? tak kot..
tapi takut jugalah.. lagi2 yang berdarah sejuk.. katak.. cicak..

ooo.. bila dia terjumpa serangga2 yang saya takut mula la beliau
nak menyakat.. kadang2 la... takde la selalu pon... sebab tu la
kat rumah ni sentiasa ada shelltox supaya jika ada serangga
senang saya nak spray sahaja lalu mereka pengsan lalu mati...
mahapkan saya serangga... saya takut jika kamu gigit saya...
kalau lipas memang tak gigit.. tapi geli woihh.. dah banyak kali
kene raba dengan lipas ni.. sangat menciii okayyy!!!!

itu kisah saya yang takutkan serangga... nasib baik lah cik asven
tidak takut langsung dengan semua binatang2 yang saya takut itu...
jika ada beliau.. saya suruh saja beliau halau atau bunuh sehingga mati..
kesian plak beliau terpaksa jadi pembunuh upahan saya hahaa...

apa pulak binatang yang cik asven saya takutkan?? mestila ada...
tatkala beliau ternampak haiwan itu.. mesti beliau ada rasa fobia..
apakah binatang itu? biarlah rahsia.. biarlah saya sorang je tau
apakah binatang itu.. takkan nak cerita.. macam aibkan dia pulak..
untungla kat rumah saya takde binatang itu.. lagi pun binatang itu
memang jarang ada... hanya tempat2 tertentu je binatang itu muncul..

apabila saya disakat.. maka saya akan menyimpan dendam kesumat..
haha.. dendam main2 jela.. dalam hati tu saya pun nak sakat jugakk..
oleh sebab binatang tu susah jumpa.. maka saya google aje gambar itu
lalu saya jadikan wallpaper di laptop beliau.. beliau sangat terkejut
dengan perbuatan saya.. dan mengarahkan saya membuangnya...
saya biakan aje.. alaa gambar je pon bukan betul2 kan hehehe...

kesimpulannya.. sungguh jahat perbuatan sakat menyakat ini kan..
meskipun bukan unsur perperangan tapi ia dijadikan bahan
untuk bergurau sehingga ketawa kepada pemangsa dan terjerit2
kepada mangsa yang telah dikenakan... sekian cerita fobia dengan serangga!



SAYA MENANG RM20,000 DARI SHELL yahoooo!!


sms ini telah diterima di empon bimbit suami saya kelmarin..
memang beliau pengisi minyak shell yang sejati...
dan memang pengisi borang peraduan shell yang sejati...
maka apabila kami menerima sms begini maka kami gembira..
kami pun call untuk mengenal pasti apakah sms ini benar...

cik asven : yee hello.. tu kat mane ye
orang shell : ye saya hafiz dari shell damansara

cik asven : saya amirul dari perak.. saya dapat sms kata
saya menang peraduan mingguan betul ke?

orang shell : ha betul la tu.. tahniah en. amirul.. encik boleh datang
ambik hadiah tu di sini atau melalui bank in...

cik asven : kat mane shell ni?
orang shell : ni alamatnya.. shell damansara.. bla bla bla bla..
atau cara kedua pakai bank.. BSN, CIMB, HONGLEONG & AMBANK

cik asven : ok nak datang sana jauh.. pakai bank jela cemana?
orang shell : ok encik boleh tuntut hadiah tu hari ini.. sama ada datang
sendiri ke shell damansara ini atau melalui bank..
kalau nak pakai bank.. bila encik dah sampai bank encik call saya balik

cik asven : ok nanti saya call balik.. terima kasih..
orang shell : ok tahniah encik amirul.. jangan lupe telefon saya balik..

saya dengar sahaja perbualan mereka kerana saya telah sedia
menekan butang LOUDSPEAKER.. lebih kurang gitulah perbualannya..
maka saya beri kesimpulan pada cik asven saya...

"ahahah.. penipuuu!!! tak percaya la kita menang..
kenapa suara orang tu macam endon? pastu siap ada bunyi
ayam plak backgroundnya.. shell tu ada reban ayam ke haha?"

sepantas kilat.. cik asven memasang laptop dan internet...
kami menggugel alamat shell yang diberi oleh indon itu..serta syarat
peraduan dari shell dan bagaimana kita boleh memenanginya... tak
kurang dengan itu...kami juga terus menelefon syarikat shell itu sendiri
untuk mengesahkan sama ada ini adalah benar ataupun palsu..

maka kami sudah pun dapat jawapannya...
kami sebenarnya hampir ditipu oleh manusia endon yang bajet terer itu..
sekarang ni dah banyak amaran dan notis yang dikeluarkan
oleh media.. berita.. dan juga semua bank2 di Malaysia ini..
jangan percaya dan terpengaruh dengan sms penipu ini...

segala maklumat sudah kami dapat.. sesiapa yang memenangi peraduan
dari shell ini misalnya.. mereka akan menghubungi kita melalui
telefon.. jika tak dapat dihubungi.. surat akan menyusul ke rumah..
apabila mereka dapat menghubungi kita.. mereka akan membuat
semakan nama kita.. alamat kita.. IC dan nombor telefon kita..
selain itu mereka akan bertanya satu soalan berkenaan dengan shell
sebelum kita memenangi hadiah berkenaan.. bukan senang nak menang ok!!

pemenang tidak akan dihubungi melalui SMS dan juga tak akan telefon
pemenang melalui TELEFON BIMBIT macam dalam gambar di atas..
maka kepada anda.. jangan percaya dengan SMS yang kononnya anda
menang itu menang ini.. atau tiba2 nak kasik duit ribu riban...

setelah jawapan itu telah pasti.. maka saya pun menghasut cik asven
supaya mengenakan si endon yang menipu rakyat mesia ini..
kami call semula mangkuk itu dan berpura-pura ada di depan mesen ATM..

endonshellyangmongok : yaa hello slamat petang shell damansara
(cehh.. macam operator pulak dahh.. **)

cik asven : ya encik hafiz saya depan bank ni.. ha cemana nak buat?
(cembagus je nak pakai nama HAFIZ.. konon2 femes la chett!!!
ntah2 nama sebenar endon tuh SUPARJOMASJOKO hahaha)

endonshellyangmongok : ni siapa ya.. oh tadii ya encik amirul ya...
okey2.. kamu udah ada depan ATM ya.. okey masukkan kad kamu..
sudah? kalau sudah.. masukkan pin kamu.. tapi jangan sebut depan saya..
sudah? okay.. tekan perbankan internet.. sudah ya? tekan pendaftaran
internet pulak.. ok sudah?? masukkan no ini.. 0148673660.. tekan YA..
sudah juga? okey masukkan no ini pula.. 255477.. ya apa kamu lihat sekarang?

(seluruh perbualan beliau saya dengar melalui loudspeaker sambil tangan
saya rancak mencatit apekemende yang dia mengarahkan itu...)

cik asven : hmm saya nampak pindaan wang.. apa ni?
(jawab beliau dengan teragak2 sebab kami sedang menipu dia..
cemana nak bagitau apa yang kami nampak sebab bukan depan atm haha)

endonshellyangmongok : cemana kamu boleh kata pindaan pulak..
kamu jangan main-main sama saya.. saya seriyus mahu menolong kamu..
kamu jangan main sama saya.. saya tidak ada masa banyak.. kalau kamu
nak main-main saya cancel kan hadiah kamu.. saya mahu tolong kamu..
tapi kamu nak main-main.. jangan main2 ahmad abdul.. apa kamu nmpak?
kenapa kamu kata pindaan pulak.. saya bukan suruh pinda uwang..
saya mahu masukkan uwang kamu.. kamu ngerti ke tidak ini?

(makin jelas bahasa keendonannya.. mula2 tu beliau cover2 je bahasa dia
bila dia dapat syak yang kami sedang main2kan dia.. terus dia melenting
tinggi suara dan maki hamun kami.. kami yang pakai loudspeaker tu
boleh jadi pekak sekejap sebab dengar dia meroyan hahahahahahha..
dahla tu panggil ahmad abdul pulak..sukesuki je tukar nama orang)

cik asven : kami tak main2... kamu yang macam penipu je..
kenapa kamu kata saya menang? kenapa kamu pakai henset je?
mana no opes kamu? kenapa kamu tak call direct? kenapa pakai sms?
(bertalu2 cik asven saya membalas dengan nada rilekss aje..
saya kat sebelah suruh maki balik.. haha gile jahat...)

endonshellyangmongok : kenapa kata saya menipu pulak?
saya dah call tapi kamu tak angkat.. saya hantar la sms..
saya tak ada banyak masa lagi.. kalau kamu tak mahu uwang ini
takpa.. saya bagi pada orang lain.. saya seriyus mahu bagi kamu
hadiah.. tapi kamu kata saya penipu.. 11.30 malam ini kamu saksikan
di TV3 nama kamu ada di situ kerana tak mahu hadiah..
saya tak ada banyak masa lagi.. saya mahu cancel hadiah ini..
kalau kamu takut saya tipu, kamu keluarkan semua uwang kamu
dalam itu dan ikut arahan saya.. tapi kamu tak buat.. sekarang kata
saya tipu pulak.. kalau saya mahu tipu.. saya tak akan suruh kamu
keluarkan semua uwang kamu.. saya tak ada masa lagi..
kamu taknak.. saya cancel.. ok!! ...... tuppppp putussss

mamat endon tu meroyan dan mengamuk sambil menjerit2..
kami ketawa sebab dapat mainkan beliau dan jelas nyata suara
endon itu kecewa kerana kami tak buat apa yang beliau nak..
kalau mula2 tadi kami call ada bunyi2 ayam kat belakang..
kali kedua kami call bunyi bising pulak.. macam ada kat
tapak binaan je.. hahah.. ntah2 buruh binaan.. bajet keje shell plak..

kalau anda nak mainkan endon tu.. ambik je no kat atas tu..
kalau tak jelas meh saya bagi haha 017-8194478...

saya suruh cik asven saya marah dia balik.. tapi beliau taknak..
dia kata.." toksah nak maki balik.. nanti hati kita yang sakit balik..
lagipun kita tak kenal dia sapa.. ntah2 dia boleh santau2 ke..
eee toksah la.. buat naya je.. kita tak rugi ape pon kan..
cubaan beliau nak menipu pon gagal.. harap takde sapa la yang
tertipu dengan orang macam dia yang suka ambik kesempatan..
biar gelap mata takde duit.. jangan sampai gelap mata hilang duit"

selesai gak cerita "saya menang RM20k dari shell"
yang saya taip selama 2 hari hahaa.. lama kan...
kepada anda semua.. jangan mudah terpedaya..
amalkan surah2 pendinding supaya kita tak dianiaya, ditipu
dan disihir oleh manusia2 yang jahat, tamak dan lelain lagi...




Tuesday, April 24

Sakit kepala yang kronik.. apa ubatnya?


kalau untuk ibu peknen macam saya tidak digalakkan makan
panadol atas nasihat dari orang yang berpengalaman....

2 hari saya sakit kepala yang tidak henti-henti.. ntah tak tau kenapa..
hanya tidur pengubat sakitnya selain daripada minyak angin
yang diletakkan di kepala dan tengkuk tak pernah surut...
selain sakit kepala.. muntah2 kembali aktif semula..
setelah seminggu dua sudah pulih dari penyakit muntah...
ingatkan dah masuk trimester kedua dah kurang mabuknya...hehe

kini saya sudah pulih, sakit kepala nampaknya dah berkurangan..
cuma saya perlukan rehat lagi untuk berehat..mujur ada cik asven
yang memahami.. lembik badan harus dikuatkan.. supaya tak terus
lembik di telan arus kemalasan yang bertimpa-timpa...

itu sahaja coretan buat hari ini.. saya nak berehat.. sekian.. ^___^



Sunday, April 22

Ceritera Sabtu : Kisah Jejaka & Awek-aweksnya.. haha




Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...



Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..



Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...



Bende yang aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver... takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh nak seksi lar...



Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah... .esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating dgn Intan...



Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah mesti terjadi punyer....... cuma satu je yang aku nak bagi nasihat kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku... or bakal awek aku...



Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...



Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie.....


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kampung Pisang
Jitra Kedah.



sumber cerita : email saya... sekian terima kasih.. hehehehhe

Friday, April 20

Lelaki bangsat : Tanya hal sulit wanita.. sengal betul!!

kisah betul ini terjadi tak silap awal bulan yang lalu...
maka, apa kene mengena gambar di atas ini dengan cerita saya...
ada.. memang ada kaitannya... sila baca sampai habeh.. hoho..

saya mengikuti cik asven ketika beliau menyertai perlawanan bola sepak
di UM Kuala Lumpur anjuran Jabatan Agama di setiap negeri..
Jawi, IKIM, Mahkamah, Al-hijrah, Ypeim, Tabung Haji, dan banyak
lagi Instisusi Islam yang lain tak kira swasta mahupun kerajaan...

turut terlibat, 2 orang adik ipar lelaki saya juga turut ikut..
maka, jam 10 pagi lebih kurang selepas kami bersarapan jam 8 pagi..
saya mula terasa lapar kembali dan ingin mengunyah sesuatu...
saya mengajak adik ipar saya yang berusia 11 tahun itu untuk
menemani saya membeli sesuatu di gerai berhampiran di tepi padang..

usha punya usha.. maka saya berkenan nak beli buah potong..
semasa menunggu penjual (seorang budak perempuan) itu
membungkus buah jambu yang saya order.. tiba-tiba...

datang sorang mamat di sebelah saya tanpa saya menoleh sedikit pun
tapi saya tau dia seorang lelaki bujang nampaknya kedengaran dari suara
yang saya dengari dan ekoran mata saya dari arah tepi...

dia membuat onar disitu nampaknya.. kecoh2 macam budak jakun..
"hai kak.. wah macam2 buah jual kat sini... buah dada ada jual tak?"
tanya mamat sengal itu kepada kakak penjual buah
mungkin juga kakak kepada budak perempuan yang melayan saya tadi..

kakak (berbaju T, berseluar dan bertudung) itu tergelak lalu menjawab
"hah... takde...!! tinggal kat rumah.." sambung gelak lagi...
saya yang masih berurusan di situ yang masih belum dapat buah jambu lagi
berkerut2 bulu kening saya sehingga cramp dibuatnya... oh lawak ke tu?
ketika saya membayar.. saya membuat muka yang sangat menjelekkan..
tanpa menoleh ke arah lelaki bangsat itu yang cuba buat lawak lucah..

meskipun mamat itu berseloroh dengan kakak itu.. tapi saya juga
turut tersentap dan tersinggung dengan lawak cammangang itu..
apa motif dia..? kebetulan saya tak ade mood maka saya buat bodo je..
saya rasa kakak tu perasan saya buat muka mangang.. sebab kakak tu
dok renung mata saya.. dan saya pandang kakak itu dengan menyampah!

selesai saya bayar saya pun blah dari situ cepat2.. tanpa menoleh ke
belakang lagi... dalam hati saya menyumpah2 mamat itu...
kalau saya ada mood mesti saya sindir mamat itu dengan kejam..
tapi apakan daya.. takde daya.. anggap jela budak hingusan
yang tak reti nak hormat manusia lain... tah ape yang lawak tah..

kalau nak berlawak lucah sesama kaum diorang lantak lah..
tapi bila berlainan jantina.. saya rasa itu kurang sopan..
saya rasa mamat itu masih budak lagi.. siyann anak sapela tu..
yang kakak tu pun sama.. pegi layan buat ape.. eeeyaii... grrr grr grr..


Bahaya : Kamera dalam tandas untuk skodeng



kalau dah gila seks apa pun jadi... nak rakam aksi dalam tandas..
boleh buat bisnes gamaknya... hati2 wahai wanita sekalian...

Kisah benar : Seorang gadis yang membuang air besar terkejut
apabila kepala paip sebuah tandas di ibu negara mempunyai kamera.

maka hati-hatilah wahai terutamanya wanita di luar sana
ketika ingin bermandi-manda ataupun melepaskan hajat
di dalam tandas awam terutamanya... usha tandas itu dulu...
jika meragukan... baik cari tandas lain aje...
andai kata tak tahan.. hmmmmm ... pikirlah sendiri.. :((

jahatkan manusia yang tak bertanggungjawab camni...
moga ada segera tindakan di ambil jika anda terjumpa
tandas-tandas yang seperti gambarajah di atas itu...
kalau saya jumpa kamera camni.. saya tunjuk penumbuk!! haha..
patu saya pecahkan kamera tu guna objek keras.. ee geramm!


kredit gambar : sumber




Thursday, April 19

Pertama kali minum air gula... phewwww~


nampak putih jernih je air gula yang terisi dalam gelas
sejibik macam gelas di atas ni ha... sekali pandang macam air masak je..
tapi bila rasa... nyumnyumnyum.. sedapnya air gula itu!

kata cik misi di klinik semalam masa saya datang untuk temujanji
yang telah ditunda akibat 'dihalau dengan jururawat' minggu lepas
tu kan.. air gula tu ialah air glukosa.. bukan gula yang direbus
bersama air macam kita nak buat air gula untuk minuman tu.. bukan ye!

memang tersiksa la batin jiwa dan raga nak minum air tu...
saya memang benci air manis2 ni.. sebab dah biasa minum air tawar..
silap besar la tak bawak minyak angin... dah minum kepala pun sakit..
mencabar iman jugaklah menunggu giliran untuk sesi bertemu doktor
untuk aktiviti scan perut.. hampir 5 jam saya menanti untuk dipanggil..

nasib baik lah buah hati ada di sisi menemani.. takde la bosan sangat..
tu pun cacat jugak lah kami menunggu.. nasib baiklah ada bekal..
roti dan air milo yang dibeli di kedai berhampiran.. kebulur jugak..
kalau saya tunggu sorang2 kat klinik tu maun terencat akal dibuatnya...
mati kutu sorang2 dalam 5 jam menunggu huhu...

akhirnya dari jam 9 lebih pagi saya tunggu, kira2 pukul 2 petang jugaklah
nama saya dipanggil.. buat scan, sembang itu ini ada dalam 10 menet..
tunggu lame, ceknya sekejap je.. hehee.. memang ramai orang sebenarnya..
siyan tengok misi dengan doktor tu tak rehat2 lagi.. takpe saya paham..

yang bessnya.. dan kagumnya.. bila pertama kali tengok perot kene scan..
tengok baby kecik menari2 lagaknya hahah.. doktor tu tunjuk jantung...
saya kata tak nampak pun dan terkejut.. "eh ada jantung dah ke?"
"bukan takat jantung.. ni kaki tangan semuanya ada" kata doktor tu..

"doktor.. boleh nampak jantina ape ke? tanya saya lagi...
"kat sini tak berapa nampak.. kalau saya dulu 12 minggu dah nampak
jantinanya lelaki... ni kalau tak nampak boleh jadi perempuan...
tapi takleh kompom lagi... nanti kita scan lagi boleh nampak jantina"
balas doktor lagi sambil duk ukur2 budak tu...

selesai aktiviti scan menyeken.. kami pun pulang tapi tapau dulu
makanan di kedai makan berhampiran... dah balik baru teringat.. laaa..
gambar scan tadi tak dapat pulak... aisehh lupe nak tanya doktor tu... :((


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...